Infozon
Kepada Perokok Tegar di Luar Sana, Korang Kena Tahu Asap Rokok Ni Ada 2 Jenis

Saya taknak bayi saya didekati perokok! Walaupun tengah bergembira bersiar-siar bersama keluarga kat Bandaraya Bersejarah Melaka hari ni tapi ada satu benda yang buat saya risau sangat-sangat. Camne saya nak pastikan anak kedua saya yang baru je berumur 6 bulan ni jauh daripada asap rokok masa keluar berjalan nanti.
Saya Taufiq Razif bukannya sombong atau bajet bagus tapi bila dah terbiasa bergelumang dengan ratusan pesakit yang dapat penyakit akibat asap rokok ni baru la saya sedar asap rokok ni bukan mainan.
Jangan ingat yang hisap rokok je yang boleh dapat penyakit tau. Mengikut artikel daripada Cancer Research UK, bayi kecil kita yang tak bersalah ni pun berisiko tinggi kena penyakit kanser, jangkitan salur pernafasan, asma, jangkitan bakteria pada selaput otak ( bacterial meningitis ) dan banyak lagi kalau terpapar dengan asap rokok ni.
Kepada perokok tegar di luar sana. Korang kena tahu asap rokok ni ada 2 jenis.
1. Mainstream Smoke : Ni asap yang korang telan dan hisap tu
2. Sidestream Smoke : Ni pula asap yang yang keluar daripada hujung puntung rokok yang dibakar tu
Asap daripada sidestream smoke yang bercampur dengan udara luar ni la yang akan dihidu oleh bayi kita semua. Sidestream smoke ni 4 kali ganda lebih toksik daripada asap yang perokok tu hisap ( mainstream smoke ) kerana asap tu mengandungi :
– 3 kali ganda karbon monoksida
– 10 hingga 30 kali ganda nitrosamines
– 15 hingga 300 kali ganda ammonia
Dasyat kan efek asap rokok ni pada bayi kita? Jangan pelik kalau kes kanser yang pelik-pelik makin banyak sekarang kat hospital walaupun pesakit tu tak pernah ada sejarah keluarga yang ada kanser pun. Semoga kita semua boleh lebih berhati-hati lepas ni. Nampak je ada orang merokok, terus bawa bayi kita jauh-jauh daripada si perokok tu ye.
Trend hisap rokok lepas makan ni biasanya banyak berlaku kat kenduri kahwin. Dah la masa tu ramai kanak-kanak kat sekeliling. Nak hisap, hisaplah. Tapi tolong pergi jauh jauh daripada keramaian dan tempat kanak-kanak tengah berkumpul. Tolong sebarkan info ni pada sanak saudara ye. Benda ni sangat-sangat penting untuk keselamatan anak-anak kita semua.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit