Connect with us

Infozon

Kenapa Masih Rasa Lapar, Walaupun Dah Makan Banyak? Ini Sebabnya…

“Tadi baru je makan..tapi sekarang dah lapar balik” atau ” asyik nak makan je la..lapar..”

Apa agaknya penyebab kenapa sentiasa rasa lapar atau cepat rasa lapar. Adalah normal untuk berasa lapar apabila kita tidak makan untuk tempoh masa yang lama dan melakukan banyak latihan fizikal.

Apabila kita lapar, kita tidak boleh memberi tumpuan pada pekerjaan, belajar dan melakukan banyak perkara-perkara lain kerana kita lebih fokus dengan keinginan untuk makan sesuatu. Tetapi kadang-kadang kita mungkin lapar tidak kira berapa banyak dan berapa kerap kita makan.

Kelaparan yang berterusan akan memaksa kita untuk mengambil lebih banyak makanan yang boleh membawa kepada kesan negatif seperti berat badan berlebihan. Untuk mengelakkan keadaan ini, kita perlu mengetahui punca masalah.

Jom semak kenapa agaknya kita masih rasa lapar dan sentiasa rasa nak makan, padahal baru je makan.

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Masukkan protein ke dalam hidangan pagi untuk menampung kelaparan dengan lebih berkesan. Jadikan ia suatu amalan makan setiap pagi dan kita tidak akan cepat berasa lapar lagi.

2. Dehydrated

Tanda-tanda kelaparan dan dehidrasi adalah hampir sama. Sebagai contoh, anda akan kekurangan tenaga dan rasa mengantuk. Dicadangkan minum segelas air pada mulanya dan kemudian anda akan melihat sama ada anda lapar atau dahaga. Taktik ini mungkin sangat berguna untuk anda dan ia boleh mengurangkan sejumlah besar kalori

3. Makan junk foods

Jika selalu makan makanan yang merapu (empty calori) anda akan merasa cepat lapar walaupun selepas makan berat. Makan makanan yg mengandungi empty calori akan memberi bahaya kepada kesihatan. Mengapa tidak beralih kepada hidangan sihat yang penuh dengan nutrien dan vitamin yang berbeza? selera makan anda akan berubah dan anda tidak akan lapar lagi.

4. Tidak cukup tidur

Tidur yang kerap adalah salah satu perkara utama yang kita perlu untuk kekal sihat, cantik dan bertenaga. Plus, selera kita amat bergantung kepada berapa banyak kita tidur. Jika kita tidak mendapat tidur yang cukup, badan kita akan letih dan ia memerlukan tenaga tambahan. Semua ini akan menyebabkan perasaan lapar yang berterusan. S

 

5. Tidak makan makanan yang cukup lemak dan protein

Sentiasa berasa lapar akan menyebabkan kita tidak selesa dan sebagai penyelesaian kita mungkin akan makan snek dengan banyak. Penyelesaian kepada masalah ini mungkin sangat mudah – hanya tambah lebih banyak protein dan lemak yang sihat dalam menu makanan anda dan anda akan berasa kenyang selama beberapa jam. Selepas makan nutrien ini anda tidak akan mengidamkan makanan kerana makanan dicerna untuk tempoh masa yang panjang.

 

6. Anda sebenarnya sedang rasa bosan

Bagi kebanyakan orang, ini adalah cara yang paling berkesan untuk menghilangkan kebosanan, tetapi, malangnya, ia mengundang kepada kalori yang tidak diingini. Jika lapar disebabkan oleh kebosanan, anda perlu menahan godaan untuk makan sesuatu. Sebenarnya, terdapat banyak aktiviti-aktiviti lain yang boleh anda lakukan untuk menghiburkan diri sendiri.

 

7. Anda mungkin ada masalah kesihatan

Dalam kes anda tidak boleh mengatasi rasa lapar anda, ia adalah munasabah untuk berjumpa doktor dan mengetahui apa sebenarnya yang menyebabkan lapar. Sebagai contoh, rasa lapar mungkin isyarat penyakit seperti kencing manis. Oleh kerana ini, adalah bagus untuk berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan. Apabila anda tahu sebab, anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan lebih cekap.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending