Inspirasi
Kenang Nasib Kucing Jalanan Sewaku PKP, Lelaki Turun Padang Beri Makan

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, segelintir rakyat Malaysia dilihat sibuk melakukan pembelian panik kerana runsing dengan masalah bekalan makanan yang tidak mencukupi.
Walaupun kerajaan memberi nasihat dan kata putus bahawa, rakyat tidak perlu runsing terhadap bekalan makanan kerana ia masih mencukupi untuk menampung rakyat Malaysia ketika ini.
“Ada yang masih memerlukan…”
Perkongsian seorang pemuda di Facebook telah berjaya menarik perhatian ramai. Didalam perkongsian berkenaan, dia telah menunjukkan beberapa bekas makanan kucing yang berisi penuh telah berjaya diletakkan di sekitar bandar Kuantan.
Mengenangkan nasib kucing jalanan yang kelaparan, dia sanggup turun padang bersama bekas-bekas kosong dan makanan serta minuman untuk kucing-kucing jalanan yang sudah tentunya kelaparan.
Sudah tentunya, semasa PKP ini berlangsung tiada satu kedai makan yang dibuka dan masyarakat setempat juga dihadkan pergerakan mereka menyebabkan kucing-kucing ini kehilangan tempat bergantung.
Walaupun pemuda berkenaan keluar dan meronda satu bandar tetapi dia masih tetap mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh pihah KKM.
Diruangan komen, orang ramai dilihat membeli kata-kata pujian dan juga mengucapkan terima kasih kepada pemuda ini kerana prihatin terhadap nasib yang menimpa kucing jalanan pada saat genting ini.
Orang ramai juga diseru agar dapat meluangkan sedikit masa mereka ketika berada diluar untuk memberi makanan kepada makhluk ciptaan Allah SWT ini.
Sumber: Facebook.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit