Connect with us

Infozon

Kemelut COVID-19, Pekebun Cameron Derma Sayuran Buat Penduduk Setempat

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana, sebilangan rakyat Malaysia telah melakukan pembelian panik sehinggakan berlaku kesesakan dan juga kekecohan di sesetengah pasar raya.

Bukan sahaja menimbulkan panik, namun yang paling membimbangkan ada berkemungkinan wabak COVID-19 juga akan merebak ekoran kesesakan dan juga ramai yang berkumpul disuatu tempat.

Kerajaan sering menasihati bahawa, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan bekalan makanan kerana ia sentiasa mencukupi. Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana, pasar raya dan juga kedai-kedai runcit dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Menerusi perkongsian YB Ramli Mohd Nor, salah seorang pengusaha kebun sayur di Cameron Highland melakukan usaha murni dengan mendermakan sayuran dengan bilangan jumlah yang besar buat masyarakat Sungai Koyan.

Sayuran hasil tanamannya ini didermakan atas dasar bantuan semasa kemelut yang melanda negara iaitu penularan wabak COVID-19 dan juga PKP yang telah dilaksanakan semenjak 18 Mac 2020 yang lalu.

Sudah tentunya, usaha murni pekebun ini mendapat pujian daripada Ahli Parlimen Di Cameron Highland. Malah beliau berharap agar orang ramai juga dapat saling bantu membantu satu sama lain tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan juga agama.

Perkara yang lebih mustahak adalah orang ramai diminta untuk sentiasa mendengar arahan dan juga saranan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan ketika ini.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending