Connect with us

WTF

Kekasih Lama Kembali Menghantui, Cemburu Lihat Kebahagiaan Perkahwinan Instafamous

Setiap orang pasti mempunyai masa lampau mereka tersendiri. Sama ada yang buruk ataupun baik, biarlah tersimpan didalam diri seseorang ataupun insan yang pernah berada disamping mereka pada masa lalu.

Namun, tidak semua orang senang dengan kebahagiaan yang dikecapi diri sendiri pada saat ini. Pastinya, mereka ini akan berusaha untuk menghancurkan kehidupan yang dibina dari usaha dan hasil titik peluh diri sendiri.

“Dia nak hang sebab duit hang ja…”

Senario di atas telah dialami sendiri oleh seorang Instafamous Beby Tora Tora yang terkenal dengan review makanan di laman Instagram. Semalam Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie, telah memuat naik sebuah komen yang berbaur dengki terhadap kebahagiaan rumah tangga yang didirikan bersama suaminya.

https://www.instagram.com/p/CBN3hFLBT5S/

Bukan kali pertama jadi…

Komen tersebut telah ditulis seorang wanita yang didakwa merupakan bekas kekasih kepada suaminya yang dikenali sebagai Apit Johari. Lebih kejam, komen tersebut menyatakan bahawa suami Beby Tora ini mengahwininya hanya disebabkan oleh wang, hasil dari titik peluh Beby Tora.

Bahkan, jelas Beby Tora lagi perkara ini bukan pertama kali berlaku dalam dirinya. Semasa mengikat tali pertunangan bersama suaminya, ada juga segelintir gadis di luar sana mendoakan agar hubungan mereka tidak berkekalan dan putus ditengah jalan.

Namun, perkara ini dihadapi oleh Instafamous ini dengan tenang dan memberi sepenuh kepercayaan kepada suaminya sehingga kini. Malah, dia juga mengatakan suaminya merupakan seorang suami yang sangat baik dan tetap berusaha sendiri untuk menjadi ketua keluarga yang sempurna.

Sumber: Instagram.

Continue Reading
Advertisement

Trending