Connect with us

WTF

Kekasih Bakal Doktor, Gadis Kecewa Sering Disindir Calon Mertua Kerana Tak Setaraf

Jodoh itu ketentuan Tuhan. Ada pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun bersama, cinta tetap kukuh dan mekar.

Sebilangan pasangan lain pula hubungan berakhir dek kerana orang tua yang tidak merestui percintaan mereka.

Begitulah seperti yang dilalui oleh seorang gadis bernama Maya ini.

Hubungan tidak direstui calon ibu mertua kerana tidak sama taraf

Menerusi akaun TikTok miliknya, gadis itu berkongsi pengalaman pahitnya ketika menjalinkan hubungan bersama seorang mahasiswa Fakulti Perubatan suatu ketika dahulu.

Menurutnya, waktu itu dia hanya berkelulusan SMA (Sekolah Menengah Atas) di Indonesia dan berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja.

Advertisement

Sementara itu, kekasihnya itu merupakan bakal doktor dan ahli keluarganya semua berkedudukan dan memiliki pekerjaan tetap.

Calon mertua sering bandingkan dengan bekas teman wanita kekasih

https://www.tiktok.com/@notyours1491/video/6973063073682771202?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.indozone.id%2Fnews%2FV6sReyx%2Fpacaran-dengan-anak-kedokteran-cewek-ini-ditolak-calon-mertua-disindir-hingga-tak-tahan%2Fread-all&referer_video_id=6973063073682771202&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Pada mulanya, hubungan mereka baik sahaja sehinggalah suatu hari kekasihnya itu memperkenalkan gadis itu dengan ibu kandungnya yang juga calon mertua.

Sebaik sahaja mengetahui latar belakang gadis itu yang hanya berkelulusan SMA, ibunya terus berubah sikap. Mungkin menurut tanggapan wanita berkenaan, darjat mereka tidak setaraf.

Bagaimanapun, si ibu tidak menyuruh mereka memutuskan hubungan secara drastik.

Advertisement

Namun setiap kali mereka keluar bersama, pasti calon mertuanya itu akan menyindir dan selalu membandingkan dirinya dengan bekas teman wanita lelaki itu.

Jelasnya lagi, bukan sekali perkara itu berlaku tetapi berkali-kali!

Lama kelamaan, gadis itu berasa jelak dengan perangai calon mertuanya itu dan akhirnya membuat keputusan untuk mengundurkan diri yakni memutuskan hubungan dengan kekasihnya itu atas alasan tidak disukai oleh calon mertua.

Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai netizen berkongsi pengalaman yang sama. Selain itu, mereka turut mendoakan gadis itu agar berjumpa jodoh yang baik.

Kongsi pengalaman yang sama

Selalu seksa batin atau secara halus

Semoga kita dijauhkan dari orang yang tak baik

Nasib baik tak jadi menantu

Kebanyakan memang macam tu

Sumber: TikTok Maya

Advertisement

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending