Connect with us

Cute

Kasihkan Haiwan Yang Lapar, Pemuda GrabFood Kongsi Makanan Dengan Kucing

Sebagai individu yang mempunyai sifat perikemanusiaan, kita perlu melakukan kebaikan kepada semua orang. Malah berbuat baik kepada binatang atau haiwan juga amat digalakkan kerana ia juga ciptaan Tuhan.

Bagi pencinta kucing, mereka pasti mendapat pelbagai kebaikan termasuk ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki walaupun hidup dalam keadaan serba sederhana.

Keadaan itu boleh digambarkan terhadap seorang pemuda, Suhandaa apabila berkongsi makanan dengan seekor kucing yang kelaparan di tepi jalan pada dua minggu lalu.

“Kesian kucingnya kelaparan”

https://www.instagram.com/p/B4HW2zinj37/

Walaupun penat menjana pendapatan sebagai penunggang GrabFood, namun pemuda Indonesia berkenaan tidak lokek dalam berkongsi rezeki dengan si comel itu.

Rakaman video berdurasi 15 saat yang dikongsi di akaun Instagram miliknya memaparkan Suhandaa duduk menjamah selain memberi sedikit demi sedikit cebisan makanan untuk haiwan berkenaan.

Malah pemuda berusia 23 tahun itu juga berjanji akan berkongsi lagi makanan dan makan bersama-sama kucing itu pada keesokan harinya.

Ternyata tindakan mulia pemuda itu menerima pelbagai reaksi positif warganet yang rata-rata mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki serta mendapat pahala berkali ganda.

Sumber : Suhandaa

Continue Reading
Advertisement

Trending