Infozon
Karpet Sudah Siap Dipasang, Solat Jumaat Pertama Haiya Sofia Hari Ini

Selepas hampir 86 tahun Hagia Sophia menjadi muzium, akhirnya pada 24 Julai 2020, monumen bersejarah Istanbul itu akan dibuka semula sebagai masjid dengan penganjuran solat Jumaat pertama.
Akan adakan solat Jumaat pertama
Susulan daripada itu, menerusi Astro Awani Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya dalam satu sidang media tempatan dengan memaklumkan bahawa orang ramai sudah tidak sabar untuk menantikan detik bersejarah itu.
Namun, susulan daripada pendemik Covid-19, sebarang solat berjemaah di masjid itu nanti dikehendaki membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka.
Pasang permaidani
Sehubungan dengan itu, para pengurusan Haiya Sofia dilihat sudah bersiap sedia bagi menerima para pengunjung untuk menunaikan ibadah di masjid tersebut.
Mereka telah diarahkan memasang karpet untuk tujuan alas solat dan presiden Turki sendiri telah mengadakan lawatan ke sana sebelum ia siap untuk dibuka kepada umum.
Terdahulu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengumumkan penukaran Hagia Sophia setelah mahkamah membatalkan status muzium di tapak tersebut.
Bangunan Hagia Sophia atau Ayasofia itu asalnya dibina empayar Rom Timur sebagai gereja besar pada abad keenam Masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.
Statusnya sekali lagi bertukar apabila kerajaan sekular Turki menjadikannya muzium pada 1934.
Sumber: Astro Awani

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit