Connect with us

WTF

Kanak-kanak Lumpuh Kerana Dipaksa Cium Oleh Ibu Bapanya

Setiap pasangan ibu bapa pasti akan berasa geram dengan kecomelan anak-anak terutamanya ketika mereka masih kecil.

Jadi, kebanyakkan ibu bapa akan mengeksperikan perasaan tersebut dengan menggomol dan mencium anak mereka sehingga puas.

Salah teknik cium boleh mengundang anak maut

 

Namun begitu, perkara berkenaan boleh mengundang bahaya sekiranya anak-anak memberontak daripada dicium.

Hal yang demikian kerana, tindakan agresif kanak-kanak terbabit mampu menjadikan mereka lumpuh seumur hidup bahkan mengundang maut sekiranya tersalah langkah untuk mencium.

Seorang kanak-kanak lelaki Indonesia yang berusia 1 tahun lumpuh apabila ibu bapanya ingin mencium anak mereka walaupun diberontak.

Akibatnya, si anak menangis kerana kesakitan dan akhirnya dibawa ke Hospital Hermina, Indonesia untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setelah membuat pemeriksaan Magnetic resonance imaging (MRI), pihak hospital memaklumkan bahawa kanak-kanak terbabit mengalami kebocoran tulang sumsum.

Kesannya, si anak mengalami kelumpuhan pada bahagian tangan kirinya dan pihak doktor memaklumkan hanya melalui pembedahan dapat menyembuhkan kanak-kanak berkenaan.

Akhirnya mereka bersetuju untuk melaksanakan pembedahan tersebut yang beroperasi selama empat jam.

Kanak-kanak berkenaan akhirnya selamat dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan secara berkala di hospital berkenaan.

Sumber: David Fernando Napitupulu

Continue Reading
Advertisement

Trending