Connect with us

Infozon

Kalau Tak Jaga Kencing Manis, Ini Lah Akibatnya…

Penyakit buah pinggang sebab pemakanan?

Semalam, ada seorang makcik, baru berusia 55 tahun. Kencing manis, tidak makan ubat, tidak kisah berapap pun bacaan selama 4 tahun. Makan supplement saja, konon sihat katanya.

Datang sebab mengadu sesak nafas, dah perlu dialisis seumur hidup sekarang. Hampir setiap hari saya lihat macam ini, melihat ramai yang tidak menjaga badan sendiri.

Memanglah terkejut doktor cakap buah pinggang rosak. Tiada kena mengena dengan pengeluar mesin dialisis nak jadi kaya-raya. Kalau tidak pernah datang rawatan susulan, mestilah terkejut. Itu penyakit yang boleh dielakkan.

Kalau seseorang tidak jaga masalah kencing manis, ini lah akibatnya, bukan sebab makan lebih protein ye. Kalau tidak jaga pemakanan, macam-macam penyakit datang, bukan setakat buah pinggang saja. Semua penyakit pun akan “melawat” badan anda.

Kawalan gula dan tekanan darah yang paling penting, kurangkan beban kerja buah pinggang cara itu sudah cukup. Jika ada kencing manis, bacaan gula mesti antara 4.4-7.0mmol/L (puasa) dan HbA1C <6.5% & tekanan darah < 135/75 (CPG Diabetes 2015). JANGAN sentuh supplemen tanpa mendapat nasihat doktor anda. Jangan percaya sesiapa pun dalam hal ni, sebab yang rosak nanti organ sendiri, bukan organ jurujual produk itu.

Untuk orang yang sihat tak payahlah kurangkan beban buah pinggang dengan makan ayam/ikan/telur sekali seminggu sahaja. Dah tu nak makan apa? Makan seimbang cukup, secara moderasi. Cuba anda lihat piramid pemakanan sihat Malaysia, ayam/daging/telur perlu dalam kuota sederhana,1/2 ke 2 sajian setiap hari. Kajian orang sihat makan protein sekali seminggu tak wujud, apatah lagi ada pulak yang kata elok untuk buah pinggang. Tidak betul.

Minum air pulak, minum saja lah bila-bila suka. Pagi ke, tengahari ke malam ke, tak kisah. Janji bukan masa tengah tidur, nanti tersedak! Buah pinggang kita tidak ada istilah rehat. Ianya bekerja setiap saat, setiap minit, setiap jam: 24-7. Kalau pesakit dialisis kena kurangkan jumlah air, bukan masa pengambilan ya, bincang dengan doktor pakar yang merawat anda. Orang sihat minumlah purata dalam 8 gelas sehari.

Bekam, tidak ada kajian besar khusus untuk buah pinggang. Mahu buat, buatlah tapi jangan keterlaluan sampai tumpah darah banyak sangat. Nanti masalah lain timbul pulak. Kalau saya, tak payahlah susah-susah ye, bincang dengan doktor pakar anda dulu sebelum buat apa-apa.

Bila saya sebut doktor pakar, saya nak ingatkan masyarakat kita, di Malaysia ni tak ramai Pakar Nefrologi / Buah Pinggang. Kalau jaga Pusat Dialisis itu bukan Pakar ye, walau 100 tahun pun. Nak jadi Pakar Buah Pinggang, mesti melalui kriteria & latihan subspesialiti spesifik. Perlu jadi Pakar Perubatan umum dahulu, sebelum menjalani lagi tambahan 3 tahun untuk Nefrologi. Kalau lihat “National Specialist Registry”, ada 157 orang je yang boleh praktis di Malaysia dan diiktirafkan sebagai Pakar Buah Pinggang. Elok dengar nasihat yang 157 orang ni saja ye. Yang lain-lain tolong abaikan.

Dr Rafidah Abdullah
Doktor sejak 1996
Pakar Perubatan sejak 2001
Pakar Nefrologi (Buah Pinggang) sejak 2005.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending