Connect with us

Infozon

Kalau Orang Islam Kata dalam Islam Ada Loan Bermakna Dia Tidak Baca Al-Quran atau Dia Tidak Faham Dalil Macam Orang Lain

Salah satu perkara yang menjadi sebab kenapa saya tulis pasal dunia itu syurga utk org kafir dan penjara untuk orang Islam. Kalau difikirkan, kalau betul mahu kaya, saya boleh saja mahu buat macam ini.

Amik hutang konvensional yang sah-sah haram dan batil sebab ada riba’, lepas tu laburkan dalam investment vehicle yang jelas riba-based dan akhirnya dapat untung kerana manipulasi lapse of time – di mana lapse of time dengan ribawi items seperti nuqud/wang/nilai ganti kepada emas dan perak, di mana emas dan perak adalah barangan ribawi – ini ialah riba’ yang jelas.

Tapi saya tak buat. kenapa?

Satu: sebab saya takut dengan ancaman Allah atas pemakan atau even terlibat dengan riba’,
Dua: sebab saya rasa cukup dengan apa yang Allah dah beri pada saya,
Tiga: saya taknak ilmu yg saya ada membuat saya makin jauh dari landasan syariat.
Empat: saya faham perkara yang saya tulis itu bermaksud tahan diri di dunia dari melakukan perkara syubhat adalah ma’ruf, dan Allah akan gantikan yang lebih baik di akhirat.

Sebab saya nak Allah balas kat sana  ^_^

Kena faham – bank konvensional ni ada kat situ bukan utk kita bermudah2 dengan facilities yang dia tawarkan. dalam islam tiada istilah loan – yang ada ialah qard hasan (pinjaman yang baik, non-profit based. pinjam 100 bayar 100).

Kalau ada org kata dalam islam ada loan, maka ada 2 kemungkinan – dia tak baca quran, atau dia paham dalil tak macam orang lain.

Loan, dengan bayaran balik bersama ziyadah/pertambahan atas dasar lapse of time, ini adalah riba ad duyun (riba pinjaman) dalam qardh (pinjaman wang). Mungkin yang berkecimpung dalam islamic banking akan cakap bnde ini allowable under certain circumstances, tapi saya tidak bersetuju dengan pegangan tersebut – saya lebih selesa berkeras dalam perkara ini.

Dan ini ijtihad saya atas diri sendiri – saya juga ada ilmu dan kelulusan serta kefahaman yang cukup dalam keynesian economic system, iqtisad islami (islamic economic system), dan fiqh muamalat.
Maka saya memandang yang saya layak syadid atas diri sendiri, dan ia mengikat atas diri saya semata2 – tapi bukan atas org lain.

Dan saya memandang cara bank islam beroperasi adalah atas prinsip ketiadaan alternatif lain yang lebih baik, umumul balwa (sesuatu yg biasa dan tak dapat dielakkan lagi), dan ‘better than conventional’ tapi ia bukanlah sesuatu yg benar2 berlandaskan kemaslahatan umum (a la grameen bank) tapi masih satu capitalistic venture dengan tujuan mendapat keuntungan – cuma ia offer satu sisi yang lebih ‘islamic’ dari apa yang bank konvensional tawarkan.

Tapi tu lah, ujian saya bukan dengan duit. tapi dengan bnde lain. Siapa yg kenal saya, dia akan tau apa ujian yang saya hadapi, kalau saya cerita pada mereka.

Semoga Allah selamatkan saya dari ujian dan perkara yang saya tak mampu nak elakkan dan lawan kalau bukan dengan bantuanNya…  :'(

Ayat pujuk diri: dunia ni kejap je bro. Tak padan kejar dunia, pastu tadah teruk2 kat akhirat. Sabar… kejap je dunia…
(cakap mmg senang)  :'(

Sumber : Lutfi Nasir

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending