Infozon
Kalah Undi Parlimen Israel, Netanyahu Serah Kuasa Perdana Menteri Tanpa Upacara Khas

Pemimpin pembangkang sayap kanan Benjamin Netanyahu enggan mengadakan upacara penyerahan kuasa penggantinya, Perdana Menteri Naftali Bennett, menurut media Israel pada Isnin.
Adakan pertemuan tetapi tiada upacara khas
“Perdana menteri baharu dan bekas perdana menteri bertemu pagi ini, dan tidak akan ada upacara untuk penyerahan kuasa,” lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Israeli Broadcasting Corporation.
Kebiasaannya, upacara penyerahan kuasa berlaku dalam suasana keraian.
“Semalam, ketua perkhidmatan keselamatan mula memberi taklimat kepada Bennett mengenai beberapa maklumat sulit dan bahan-bahan rahsia,” lapor Agensi Anadolu lagi.
Kerajaan Naftali menang undi
Kerajaan gabungan Naftali Bennett-Yair Lapid menang undi percaya di Knesset (parlimen Israel) malam tadi, sebelum mesyuarat pertama kerajaan diadakan, menandakan berakhirnya era pemerintahan Netanyahu.
Pada petang Ahad, Netanyahu menjadi ketua pembangkang di Knesset Israel. Dalam ucapannya di Knesset Netanyahu berikrar akan segera kembali berkuasa.
Sumber: BERNAMA

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit