Infozon
Kajian: Jauh Dari Tempat Kerja Punca Cepat Mati

Berita berasal dari Stockholm, Sweden dan bertarikh pertengahan April itu menyatakan bahawa mereka yang melakukan perjalanan berulang-alik ke tempat kerja sejauh lebih daripada 48.2 kilometer sehari cenderung untuk mati lebih awal berbanding mereka yang tinggal berhampiran dengan tempat kerja kerana mereka berkemungkinan lebih mudah mendapat penyakit darah tinggi, masalah jantung dan mengalami depresi akibat tekanan pekerjaan.
Walau bagaimanapun, tertarik dengan pendapat dari sumber Hmetro yang menyangkal kajian tentang mati akibat kerja jarak jauh. Sebenarnya di Malaysia, berulang kerja jauh adalah perkara biasa. Ramai pekerja yang bertugas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Klang membeli rumah dan tinggal di Ipoh, Seremban, Temerloh dan Melaka. Mereka berulang-alik setiap pagi dan petang setiap hari dari bandar-bandar ini ke ibu negara.
Bertugas di kota dan tinggal di luar bandar adalah pilihan yang terbaik untuk sesetengah mereka ini. Faktor ekonomi, terutamanya harga dan sewa rumah di kawasan bandar menjadikan tindakan mereka lebih masuk akal dan bijak.
Yang menjadi faktor utama kepada penyakit darah tinggi dan masalah jantung, bukanlah berpunca jauh dari tempat kerja semata mata, tetapi ada banyak faktor lain termasuk :
- faktor keturunan,
- pemakanan seseorang dan
- gaya hidup
Mereka yang menjaga pemakanan dengan tidak mengambil banyak makanan berlemak, tidak merokok dan menjauhi alkohol akan rendah risiko menghidap penyakit yang menjadi pembunuh utama rakyat negara kita ini. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan sering bersenam akan terus menurunkan lagi risiko terhadap penyakit berkaitan.
[su_label type=”important”]Sumber[/su_label]HMetro

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit