Connect with us

WTF

Kahwin Dengan Pilihan Mak, ‘Ex-Boyfriend’ Datang Teman Di Hari Pernikahan

Sayang tak bermaksud harus memiliki. Bahkan percintaan yang terjalin selama bertahun-tahun, belum tentu pengakhirnya berada di jinjang pelamin. Segala ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya telah tertulis sejak azali lagi.

Situasi ini juga telah dialami oleh seorang gadis Indonesia, yang akhirnya terpaksa mengalah dan mengikut kehendak ibunya. Gadis tersebut terpaksa menikahi pemuda yang telah diperkenankan oleh ibunya sendiri.

Paling menarik perhatian orang ramai, kisah ringkas yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok yang terjadi pada majlis pernikahannya. Gadis ini telah menerima kunjungan daripada insan yang tidak disangka-sangka.

Teman lelaki gadis ini telah menunculkan diri pada hari di majlis pernikahannya. Usai sahaja berdandan, bekas teman lelakinya berkunjung dan bertemu dengan gadis itu buat kali yang terakhir.

Mereka berdua dikatakan telah menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih selama 7 tahun. Namun, pengakhiran hubungan mereka tidak begitu manis apabila si gadis terpaksa bernikah dengan pilihan ibunya.

Gadis itu juga turut menyatakan maaf dan kekesalannya kerana terpaksa meninggalkan lelaki itu. Kisah percintaan yang tidak kesampaian ini juga turut menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen Indonesia dan juga Malaysia.

Tidak kurang juga, ada yang mengecam tindakan gadis ini yang dilihat sempat merakam dan membuat video sebelum menjadi seorang isteri kepada pemuda lain.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending