Connect with us

Inspirasi

Jurutera Bergaji RM13,000 Kini Kerja Baiki ‘Aircond’ Untuk Sara Keluarga

Dengan keadaan ekonomi agak merundum di setiap negara, duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti mungkin bukan perkara yang bijak bagi sesetengah individu kerana disifatkan sebagai membuang masa.

Tambahan pula dengan perbelanjaan harian dan bil yang harus dibayar, rakyat harus mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan bagi membayar tanggungan tersebut.

Seorang jurutera pesawat yang mempunyai pendapatan agak mewah selain mampu untuk menanggung keluarganya kurang bernasib baik apabila syarikatnya menggantungkan pekerjaan serta gaji.

Folkky Chutiphong, berasal dari Thailand berkongsi kisah di laman Facebook sehingga menyentuh hati ramai yang mengingatkan bahawa walaupun dalam kesusahan namun masih ada harapan.

Ketika dia masih bekerja, pendapatanya sebulan sebanyak 100,000 bath (RM13,000). Namun setelah keadaan ekonomi tidak mengizinkan, dia mendapat notis untuk digantung kerja.

Dengan tidak memperoleh pendapatan dan perbelanjaan meningkat menjadikan lelaki itu tertekan. Tetapi apabila melihat wajah anaknya, dia cuba bangkit demi keluarga.

“Saya tidak boleh terus berasa tertekan. Saya harus mencari jalan untuk mencari wang pendapatan untuk menampung keluarga saya,” ujarnya.

Hasil perbincangan dengan rakannya, Chutiphong tampil dengan sebuah idea iaitu membuat servis syarikat operasi pembersihan penghawa dingin.

Dia dan rakannya telah membersihkan enam penghawa dingin sehari. Mereka mengenakan 350 bath (RM46) untuk membersihkan satu penghawa dingin.

Walaupun pendapatan kini tidak sebanyak yang dia dapat sebelum ini, namun Chutipong akan terus bekerja demi menampung keluarganya dalam menghadapi waktu sukar.

Sumber: World of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending