Inspirasi
Jururawat Tawar Perkhidmatan ‘Mobile Pet Truck’ Untuk Pemilik Kucing

Walaupun sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai jururawat di sebuah hospital di sini, seorang pemuda masih berkesempatan menjalankan ‘Mobile Pet Truck’, yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk untuk haiwan peliharaan terutamanya kucing.
Muhammad Aswad Zakaria, 27, berkata, perkhidmatan yang menggunakan lori bersaiz satu tan itu, bukan hanya menyediakan produk seperti makanan, pasir dan barangan keperluan lain untuk si comel, tetapi juga perkhidmatan menghantar haiwan peliharaan ke klinik haiwan, untuk pemeriksaan atau rawatan.
Mudahkan pelanggan dapat bekalan makanan
“Beberapa minggu kebelakangan ini terdapat keluhan daripada pemilik kucing, yang sukar mendapatkan makanan atau barangan keperluan lain untuk kucing mereka dan daripada situ saya mendapat idea, untuk menyediakan perkhidmatan secara bergerak ini…”
“Sebelum ini pun saya ada menyediakan perkhidmatan menjual dan menghantar barangan keperluan kucing kepada pelanggan, tetapi pelanggan lebih suka memilih sendiri, jadi saya buat perkhidmatan ini dan bawa barangan yang ada kepada mereka,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini…”
Tawar khidmat penghantaran
Muhammad Aswad berkata, sebanyak RM35,000 diperuntukkan untuk menyiapkan lori tersebut, bagi menyediakan perkhidmatan secara bergerak itu.
Menurutnya, sejak diperkenalkan 1 Julai lalu, perkhidmatan itu mendapat sambutan yang amat baik dari pelanggannya, kerana mereka tidak lagi perlu lagi ke kedai untuk mendapat barangan yang diperlukan.
“Kita tahu zaman sekarang semua orang sibuk, sebab itu kita tawarkan juga perkhidmatan mengambil dan menghantar kucing untuk mendapatkan dandanan, rawatan di klinik atau yang ingin ditinggalkan sementara di hotel, yang juga kita sediakan…”
“Kebiasaannya, kita akan ambil pada sebelah pagi sebelum hantar semula pada petang. Bagi kucing yang memerlukan perkhidmatan seperti vaksin atau pengasian, pemilik boleh memilih sama ada hendak menghantar kucing mereka ke klinik panel sendiri atau klinik panel pihak kami…”
Menurutnya, selain menunggu panggilan daripada pelanggan, perkhidmatan tersebut yang beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 7 malam juga, akan ke lokasi tumpuan orang ramai seperti taman rekreasi bagi menyediakan perkhidmatan kepada pemilik kucing yang kebiasaannya berada di situ.
Muhammad Aswad berkata, buat masa ini hanya sebuah lori digunakan untuk perkhidmatan itu bagi memenuhi permintaan di sekitar bandar raya ini, dan bercadang untuk mengembangkan ke kawasan dan negeri lain pada masa akan datang.
Sumber : Bernama

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit