Connect with us

Cute

Jadi Hero Kucing Jalanan, Pakcik Kayuh Basikal Sedekah Makanan Buat Si Comel

Kucing merupakan haiwan yang sangat akrab dengan manusia. Lebih-lebih lagi sifatnya yang manja membuatkan haiwan tersebut tidak takut dengan kehadiran kita.

Berlari kucing2 nak makan

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu video seorang pakcik yang menjadi tumpuan kucing-kucing jalanan kerana memberi haiwan tersebut makan setiap hari.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna media sosial itu, jelas sekali warga emas tersebut telah dikejar walaupun dia belum memberhentikan kayuhan basikal tuanya.

Memang selalu bagi makan kucing

Menurut perkongsian di muat naik itu lagi, ramai yang mengenali pakcik itu yang memang kerap memberi makanan kepada kucing jalanĀ  disekitar kawasan tersebut.

Sikapnya yang pemurah itu telah menjadikan si comel tersebut sentiasa menantikan kehadiran orang tua itu.

Ada hero naik basikal je

Video dia memberi makanan kucing telah tular di Twitter dan menjadi bualan warganet. Rata-rata berasa terharu dengan sikap yang ditunjukkan pakcik berbasikal itu dan turut mendoakan kesejahteraannya disebabkan amalan murni yang dilakukan.

Semoga murah rezeki pakcik

Pakcik ni kaya, kaya jiwa

Sumber: Tok Tek

Continue Reading
Advertisement

Trending