Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Stoking Tertera Kalimah Allah, Pemangku Sultan Johor Gesa Ambil Tindakan Tegas

Pemangku Sultan Johor menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dalam menangani isu stoking yang tertera perkataan ALLAH yang tular baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, isu yang membabitkan pencetakan kalimah Allah di stoking tidak boleh dipandang remeh.

Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi,” titah baginda hari ini.

Baginda juga berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara dan sangat memandang serius isu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor

“Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam,” titah baginda.

Kenyataan yang dikeluarkan Tunku Ismail itu mengundang perhatian dan rata-rata netizen bersetuju dengan gesaan baginda kepada pihak berkuasa tersebut.

Alhamdulillah TMJ dah bersuara!

Terima kasih Tunku!

Daulat Tuanku..

Terdapat juga netizen yang menyuarakan agar syarikat dan kilang terbabit untuk ditutup dengan serta merta sebagai pengajaran untuk tidak mempersendakan agama Islam.

Mohon arahan Tuanku untuk tutup kilang..

Sita atau gantung premis berkenaan!

Mohon siasatan menyeluruh..

Sebelum ini, Pengurus Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai melahirkan rasa kekesalan atas penjualan stoking tertera perkataan ALLAH di salah sebuah cawangan yang tular pada Sabtu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, ramai individu memberi pendapat bahawa permintaan maaf sahaja tidak mencukupi sebaliknya tindakan lebih tegas perlu dibuat berikutan isu keagamaan sebegini sering kali ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd