Infozon
Internet Selalu Lembab? Aplikasi ni Boleh Kesan Telco Paling Laju di Kawasan Korang!

Dekat Malaysia ni bukan main banyak lagi talian telekomunikasi contohnya Maxis, Digi, Celcom, Umobile, dan RedOne. Tapi kadang-kadang bengang juga sebab bila guna internet mahal-mahal tapi line lembab macam ‘siput’.
Mesti korang pernah rasa kan? Jadi ada seorang pengguna Twitter telah berkongsi sebuah aplikasi bagi mengesan line telco yang berkelajuan tinggi di kawasan korang! Benda ni boleh la membantu sekiranya ingin bertukar ke line yang baru, jadi tak perlu la try satu persatu.
Ya betul tu, daripada buang masa dan duit cuba satu-satu telco, jom kita ikuti langkah-langkah yang telah dikongsikan oleh saudara Akram di bawah:
Langkah 1: Download Open Signal
Muat turun dulu ya aplikasi Open Signal ni. Jangan risau, kedua-dua pengguna Apple dan Android boleh gunakan aplikasi ini di Appstore dan Playstore.
Langkah 2: Coverage
Lepas install aplikasi ini, apabila ditanya dimana lokasi anda, tekan setuju. Lepas tu tekan pada simbol coverage, sebelah Find Signal di bahagian bawah aplikasi.
Langkah 3: Compare Performance
Lepas tekan Coverage tu, akan keluar peta menunjukkan lokasi korang. Jangan tekan apa-apa dahulu ya. Biarkan semua skrin dipenuhi hijau macam dalam gambar barulah tekan Compare Performance tu.
Langkah 4: Selesai!
Di sini korang boleh melihat kelajuan setiap telco yang ada di kawasan anda. Mudah kan? Hanya beberapa klik sahaja korang dah boleh dapat tahu telco yang paling laju di kawasan masing-masing.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada saudara Akram Zulkifli. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan mampu membantu anda di luar sana.
Sumber: Akram Zulkifli

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit