Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Insiden Hospital Diletupkan: Russia & UAE Gesa Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan PBB

Russia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggesa agar mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan segera susulan serangan maut sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 500 terbunuh yang berlaku di sebuah hospital di Semenanjung Gaza.

Duta Russia gesa PBB segera lakukan mesyuarat

Memetik laporan dari Berita Harian merujuk kepada akhbar tempatan, Duta Russia ke PBB, Dmitry Polyanski menyatakan yang pihak mereka menggesa agar PBB melakukan mesyuarat tergempar pada pagi kejadian iaitu 18 Oktober 2023.

“Russia dan UAE menggesa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB diadakan pada pagi 18 Oktober (hari ini) berhubung insiden ke atas hospital Gaza,” katanya di Telegram.

Sebelum ini Majlis Keselamatan tolak resolusi Russia kutuk keganasan

Sebelum ini, pihak Majlis Keselamatan menolak resolusi Russia yang mengutuk keganasan yang semakin kerap terjadi di Asia Barat.

Perwakilan enggan menyokong usul yang tidak mengkhususkan Hamas untuk serangan mengejut ke atas Israel yang menyebabkan sekurang-kurangnya 1,400 orang terbunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Israel bertindak balas terhadap serangan itu dengan serangan udara yang menyebabkan kira-kira 3,000 penduduk Gaza terbunuh.

Walau bagaimanapun, majlis berkenaan sebaliknya merancang untuk mengundi teks kedua yang dicadangkan oleh Brazil  dengan bahasa tegas mengutuk kumpulan Islamis sekali gus dilihat menerima sokongan lebih meluas.

Namun, undian yang sepatutnya dirancang untuk dilakukan petang semalam kemudiannya ditangguhkan pada hari ini sekitar 1400 GMT.

Semalam, lebih daripada 500 orang meninggal dunia apabila Hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza City dibom. Kejadian tersebut berlaku pada malam sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden ke Israel bagi menunjukkan sokongan kepada rejim Zionis  itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan dari Reuters, Menteri Kesihatan dalam kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas, Mai Alkaila, menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Artikel lain: Malaysia Bina Semula Masjid Muhammad Al Amin Selepas Musnah Dibom

Bagaimanapun, tentera Israel menafikan bertanggungjawab ke atas letupan di hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza City dan memberitahu hospital itu terkena pelancaran roket yang gagal oleh kumpulan tentera Jihad Islam Palestin di kawasan berkenaan.

Difahamkan, serangan terbabit merupakan insiden paling berdarah di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti terhadap wilayah berpenduduk padat susulan tindak balas terhadap serangan Hamas merentas sempadan ke selatan Israel pada 7 Oktober.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian , Reuters

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd