Infozon
Ini cara Forbes senaraikan jutawan terkaya dalam dunia

Setiap tahun, majalah Forbes akan mengeluarkan senarai hartawan terkaya. Kita selalu berbangga apabila ada anak Malaysia, terutama sekali anak Melayu yang termasuk dalam senarai orang paling kaya. Ada yang bertanya, kenapa Dato’ XYZ ada aset puluhan ratus juta tapi masih tak tersenarai pun dalam Forbes?
Adakah anda tahu bagaimana Forbes mengambil kira nilai harta seseorang itu? Ia bukan bergantung kepada berapa buah rumah banglo, berapa buah kereta mewah, berapa juta duit dalam simpanan bank ataupun berapa juta sedekah amal jariah mereka buat. Kekayaan mereka diukur berdasarkan nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Sebagai contoh, Dato’ Raja Haji Munir Shah Bin Raja Mustapha, Pengarah Eksekutif MyE.G Services Berhad telah tersenarai sebagai orang ke-24 terkaya di Malaysia dengan aset berjumlah RM2.185 bilion.
Dalam contoh ini, sekiranya kita lihat laporan tahunan MyE.G Services bagi tahun 2016, Dato’ Raja Haji Munir mempunyai 731,044,492 unit saham dalam syarikat. (1,439,600 direct interest dan 724,604,892 indirect interest).
Kemudian, kita lihat pula harga saham MyE.G pada tarikh yang sama.
Dalam kes ini, harga satu unit saham bersamaan RM1.51. Jadi, jumlah nilai pegangan saham Dato’ Raja Haji Munir pada 31 Disember 2016 ialah 731,044,492 X RM1.51 = RM1,103,877,182.92.
Tapi ini bukanlah bacaan nilai sebenar kerana tarikh dan harga tutup pasaran yang digunakan oleh Forbes diambil pada 17 Februari 2017.
Wow. Itu baru kira pegangan saham dalam satu syarikat sahaja. Belum masuk saham dalam syarikat lain.
Forbes hanya mengambil kira nilai bersih pegangan saham dalam syarikat senarai awam (public listed companies) sahaja ya. Cuba anda bayangkan kalau hartawan-hartawan ni ada memegang saham dalam syarikat-syarikat lain yang tidak tersenarai?
Dan ini kita belum jumlahkan nilai bersih dan aset peribadi mereka seperti bangunan, rumah, tanah, emas atau simpanan tetap. Berapalah agaknya jumlah kekayaan sebenar mereka? Hanya tuan badan aje yang betul-betul tahu. Mereka ni kalau dapat gaji tiap-tiap bulan tu agaknya tak bersentuh langsung kot.
[su_label type=”important”]Sumber[/su_label]Iluminasi.com

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit