WTF
Ingatkan Awek Motor Cun, Ramai ‘Terciduk’ Pakcik Umur 50 Suka Menyamar Jadi Gadis!

Kebiasaannya, golongan wanita jarang meminati dunia permotoran, betul tak? Jika ada pun, mereka pasti akan dilabel sebagai ‘rare’ dan ‘special’ lebih-lebih lagi bila wanita itu turut memiliki hobi sebagai seorang ‘biker’.
Baru-baru ini, kisah seorang gadis ‘biker’ di Jepun yang dikenali ramai di Twitter menjadi tular di serata laman sosial apabila identiti rahsianya terbongkar!
Menerusi akaun Twitter miliknya @azusagakuyuki, ‘gadis’ itu sering memuat naik ciapan mempamerkan gambar dirinya sambil menulis kapsyen berkongsi hobi kegemarannya iaitu ‘menunggang motosikal besar’.
Gadis ‘biker’ jelita raih ramai pengikut Twitter
https://twitter.com/azusagakuyuki/status/1371668471616995328?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1371668471616995328%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ladbible.com%2Fcommunity%2Fweird-young-female-japanese-motorbiker-revealed-as-50-year-old-man-20210317
Justeru itu, wajah cantik dan jelitanya berkenaan telah memukau ramai jejaka sehingga berjaya meraih seramai 17,000 pengikut di Twitter.
https://twitter.com/azusagakuyuki/status/1372092964118274050?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1372092964118274050%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2021%2F03%2F18%2Fminah-moto-raih-tumpuan-dengan-penampilan-tetapi-rupanya-lelaki-tua%2F
Rahsia mula terbongkar
Bagaimanapun, rahsianya terbongkar apabila netizen menyedari beberapa tanda-tanda pelik pada gambar-gambar dikongsi oleh ‘gadis’ tersebut. Antaranya, lengan yang kelihatan berkedut dan berbulu dalam salah satu gambar swafotonya.
Selain itu, sebuah gambar motosikal yang dimuat naik juga menunjukkan refleksi seorang ‘lelaki’ di dalam cermin sisi motosikal berkenaan. Apabila diperhati dengan lebih dekat, netizen perasan rupa sebenar ‘gadis’ tersebut’.
Alamak, rupanya identiti sebenar seorang pakcik!?
Setelah ramai netizen tampil membuat spekulasi tentang identiti sebenar individu tersebut, satu rancangan realiti TV Jepun tampil untuk mendedahkan perkara yang sebenar.
Penunggang motosikal itu dijejaki dan kru produksi terkejut apabila mendapati individu itu adalah seorang lelaki berusia 50 tahun dan berambut panjang!
Akhirnya, lelaki itu mengaku rahsianya mencantikkan wajah adalah satu perkara yang menyeronokkan seperti juga jumlah tanda suka yang diterimanya bagi setiap gambar yang dikongsikan.
Berdasarkan laporan 8World News, lelaki berkenaan menggunakan aplikasi telefon pintar dan Photoshop untuk mengubah penampilannya kepada seorang wanita.
Lelaki itu dipercayai mengubah penampilannya untuk mendapatkan lebih ramai pengikut dan sehingga kini akaunnya meraih seramai 17,000 pengikut.
Mesti ramai yang kecewa dengan pendedahan itu kan? Mana tidaknya, sudah tentu ramai jatuh hati denganĀ ‘gadis’ cantik itu yang dilihat sentiasa bergaya di atas motor Yamaha miliknya.
Sumber: Lad Bible (Rebecca Shepherd), 8World News

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit