Infozon
INFOLebih 70% ‘fresh grad’ malu pakai kereta jenama tempatan

Sekiranya sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa ‘fresh grad’ pada zaman sekarang lebih gemar membeli kenderaan berjenama import seperti Toyota Vios dan Honda City berbanding dengan jenama kenderaan keluaran tempatan seperti Proton dan Perodua meskipun perbezaan harga yang perlu dibayar adalah sangat besar dan memakan lebih dari 1/3 daripada jumlah pendapatan bulanan mereka. (Baca sini: Pakai Honda City dan Toyota Vios punca banyak fresh grad ke lembah neraka kewangan)
Memetik laporan daripada portal automotif Paultan.org hari ini yang mendedahkan lebih 70% graduan universiti tempatan lebih gemar untuk membeli kenderaan import berbanding jenama tempatan kerana beranggapan produk import ini lebih berkualiti dan berbaloi untuk dimilikik sekiranya dibandingkan dengan jenama seperti Proton.
Menurut Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa berkata, daripada jumlah tersebut tidak sampai 10% sahaja daripada jumlah graduan tempatan yang memilih untuk memiliki kenderaan jenama Proton sebagai kenderaan pertama mereka.
Selain itu, majoriti ‘fresh graduate’ yang bekerja dimana terdiri daripada lepasan diploma ke atas dan majoritinya juga yang telah disenaraikan dalam CCRIS oleh bank negara menyebabkan pinjaman kereta tidak diluluskan oleh bank.
Alasan pihak bank cukup kukuh, bayaran PTPTN RM100 pun tak dapat nak bayar, macammana nak luluskan pinjaman kereta RM400 sebulan.
Terdiam saya di situ, katakan ada yang membayar PTPTN sangat cantik, namanya bersih tetapi majoriti tidak mahu membeli Proton atau Produa, golongan ini selalunya cenderung untuk membeli kereta Honda dan Toyota yang beharga RM70,000 dan ke atas. (Baca sini : ‘Graduan Sekarang Gaji Hanya Layak Pakai Axia, Tapi Membazir Beli Kereta Import’)

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit