Connect with us

Cute

Ibu Gigih Beri Sokongan, Anak Kecil Berkaki Palsu Gembira Berjaya Panjat Bukit

Dunia internet dipenuhi dengan pelbagai cerita inspirasi yang boleh menyentuh hati netizen di serata dunia.

Begitulah seperti kisah seorang kanak-kanak perempuan memiliki kaki kiri palsu yang mencuba untuk memanjat bukit kecil sambil disokong oleh ibunya.

Menerusi video viral berdurasi 58 saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak bernama Antonella memandang wajah ibunya ketika sedang mencuba memanjat dengan gigih.

Berusaha memanjat bukit

https://twitter.com/GoodNewsCorres1/status/1397399732616630272?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1397399732616630272%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.indozone.id%2Flife%2FPjs1Dgb%2Fviral-video-gadis-dengan-kaki-prostetik-memanjat-selokan-dukungan-ibunya-bikin-terharu

Pada mulanya, dia seperti ragu-ragu sama ada bolehkah dirinya memanjat bukit berkenaan dan menghulurkan tangan kepada ibunya untuk mendapatkan sokongan.

Namun ibunya mengendahkan permintaan anaknya sebaliknya, memberi kata-kata semangat buat kanak-kanak itu dengan berkata:

“Kamu tahu caranya! Kamu boleh melakukannya.” jerit si ibu sambil mengawasi anaknya.

Ibunya tetap memberi kepercayaan penuh kepada anaknya, dan Antonella gigih meneruskan usahanya selepas mendengar kata-kata semangat daripada ibunya.

“Kamu tidak akan jatuh. Kamu kuat,” kata ibunya.

Bersorak gembira setelah berjaya

Setelah beberapa kali menemui kegagalan, akhirnya Antonella berjaya memanjat tebing itu dan bersorak dengan gembira.

Sehingga kini, video berkenaan telah tular di media sosial dan meraih sebanyak 6,200 tanda suka.

Sumber: Twitter @Good News Corres 1

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending