Connect with us

WOW

Ibu Bapa Mengeluh, Aktiviti Keagamaan Sekolah Dikatakan Jejas Akademik Anak2

Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan kehidupan berasrama, pastinya sudah terbiasa dengan rutin dan aturan kehidupan di sana. Asrama adalah satu permulaan yang bagus buat anak-anak untuk belajar hidup berdikari dan menghayati aktivi keagamaan bersama rakan-rakan sebaya.

Namun tidak disangka, terdapat ibu bapa yang tidak sedang dengan aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah ataupun asrama. Luahan ibu bapa ini telah ditulis serta dikongsikan oleh sebuah potral dan kemudiannya tersebar melalui laman Twitter.

Aktiviti agama berlebihan, jejas prestasi pelajar

Hasil dari pembacaan, kebanyakan ibu bapa pendapat aktiviti keagamaan tersebut memakan terlalu banyak masa serta tenaga para pelajar. Ini menyebabkan anak-anak mereka jadi lebih letih dan lesu di kelas ataupun semasa mengulang kaji pelajaran.

‘Keluhan’ dibidas ramai pihak…

Sudah pastinya, keluhan segelintir ibu bapa moden ini mendapat kritikan hebat daripada warga Twitter. Tidak sepatutnya perkara ini menjadi satu isu yang harus dibangkitkan, lebi-lebih lagi hal yang melibatkan keagamaan.

Akhir zaman, islam dipandang asing…

“Dia jejas prestasi sebab anak kau malas…”

Agama mampu mengubah kehidupan

Sebelum berkata-kata dan meluahkan sebarang pendapat, orang ramai disarankan untuk selidik terlebih dahulu sesuatu perkara itu. Aktiviti keagamaan bukan sesuatu perkara yang merugikan, malah pastinya terselit hikmah dan ganjaran yang bakal menanti.

Sumber: Twitter, CC.

Continue Reading
Advertisement

Trending