Connect with us

WOW

Ibarat Sinar Baru, Pokok Di Hutan Terbakar Australia Tumbuh Tanpa Setitik Hujan

Kebakaran hutan yang melanda di negara Australia, mendatangkan kerisauan kepada penduduk dunia. Tambahan pula, dengan laporan yang mengatakan bahawa hampir setengah juta haiwan liar, yang mati dalam kebakaran kerana gagal menyelamatkan diri.

Bertambah menyedihkan, bukan setakat banyak yang mati, kebanyakan spesis kini diancam kepupusan dan haiwan-haiwan ini juga hilang rumah mereka. Perbezaan yang amat ketara boleh dilihat diantara sebelum dan selepas kebakaran tersebut melanda hutan-hutan di Australia.

Keajaiban yang menyenangkan!

Banyak foto-foto kesan dan akibat kebakaran di Australia ini telah tersebar secara meluas media sosial. Semalam, menerusi laporan salah satu media di sana, anak-anak pokok di hutan-hutan terbakar, sudah kembali bercambah sebagai ganti kepada pokok-pokok yang mati.

Kehidupan baru bakal bermula…

Salah seorang penduduk di sana, telah berkongsikan beberapa keping gambar keindahan hidupan baru yang telah bercambah dengan subur sekali.

Berita ini sudah tentunya memberikan khabar gembira buat semua penduduk dunia, yang risau mengenai keadaan yang dialami oleh negara Austrlia ini.

Tumbuh tanpa setitik hujan pun!

Lebih mengagumkan, tumbuhan dan anak-anak pokok disitu bercambah tanpa bantuan setitik air hujan. Perkara yang berlakuĀ  ini, telah menyentuh dan meruntun jiwa ramai.

Tiada siapa bakal menjangka, hidupan ini bakal mencari jalan mereka sendiri untuk menggantikan kehilangan dan kerosakan yang terjadi.

 

Sesungguhnya, kuasa tuhan itu sangat hebat. Sudah pasti setiap perkara yang terjadi itu bakal berikan hikmah sebaliknya.

Sumber: News.Com

Continue Reading
Advertisement

Trending