Connect with us

Inspirasi

Hulur Coklat Buat Pemandu Lori Sampah, Ibu Ajar Anak Semai Kebaikan

Pelbagai cara untuk kita mendidik anak-anak supaya menjadi seorang yang berhati mulia dan menghormati orang lain. Selain daripada memberikan contoh terbaik menerusi perlakuan, mereka juga boleh diajar dengan melakukan sendiri perkara tersebut sejak kecil lagi.

Coklat untuk pakcik

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Facebook warga Singapura dikenali sebagai Faiz Roslan, dia telah memuat naik gambar seorang ibu mendokong anak kecilnya untuk memberi coklat kepada pemandu lori sampah.

Dapat flying kiss dari pemandu lori

Cara tersebut adalah salah satu proses pembelajaran buat anaknya supaya menyebarkan kasih-sayang serta menghormati setiap lapis masyarakat.

Coklat yang dihulur oleh kanak-kanak tersebut telah dibalas dengan flying kiss daripada pemandu lori sampah tersebut sebagai tanda terima kasih.

Melalui perkongsian yang dibuat, jelas sekali bahawa pembelajaran terhadap sesuatu dalam hidup hendaklah didahulukan oleh ibu bapa sendiri.

Oleh itu, tindakan ibu kepada kanak-kanak tersebut yang menyantuni pemandu lori sampah benar-benar memberi contoh terbaik dalam tumbuh besar sahsiah anaknya.

Sumber : Faiz Roslan

Continue Reading
Advertisement

Trending