Connect with us

Inspirasi

Hujan Peluru Dilangit, Barisan Mujahidin Masih Teguh Sujud Pada Pencipta

Umum sedia maklum bahawa solat dianggap sebagai tiang agama dalam Islam. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah tersebut dalam diri setiap Muslim. Tiada alasan untuk kita menolak ibadah tersebut kerana ia adalah tanggungjawab selagi dikandung badan.

Solat walau sedang diserang

Menerusi satu perkongsian di Twitter, satu video menunjukkan bagaimana barisan lelaki yang menunaikan solat dengan dihujani peluru dan serangan.

https://twitter.com/idkwho_tbh/status/1197055142522212352

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya namun dapat dilihat betapa kuatnya iman mereka mendirikan solat walaupun sedang dalam kekacauan.

Dapat diperhatikan juga asap daripada kesan serangan memenuhi ruang udara kawasan tersebut sambil beberapa individu berlari serta membalas serangan yang bertali arus.

Doa senjata mukmin

Oleh hal yang demikian, dapat diperhatikan disini bahawa solat adalah satu cara memohon pertolongan daripada Allah S.W.T .

Hal ini bertepatanlah dengan perbidalan yang mengatakan bahawa solat dan berdoa kepada Allah merupakan senjata paling ampuh apabila berada dalam kesempitan.

Sumber : dkwho_tbh

Continue Reading
Advertisement

Trending