Infozon
Hujan Peluru Berpandu, Rezim Zionis Bedil Gaza Tanpa Amaran!

Sebenarnya beberapa hari lalu, trending di Twitter dengan hashtag #GazaUnderAttack. Dunia sekarang ini dilihat sedang berada didalam keadaan kucar kacir dengan pelbagai bencana dan juga wabak yang melanda.
Akan tetapi, ini bukanlah satu alasan untuk dunia mengalihkan pandangan mereka terhadap nasib yang menimpa negara-negara yang sedang bergolak. Pergolakan yang melanda mereka ini berlaku sekian lama sehinggakan seperti tiada kesudahan buat mereka.
Bertambah sayu apabila berita dan perkembangan mengenai perkara masih lagi kurang pendedahan di kaca televisyen dan dunia seakan-akan menutup mata mengenai perkara ini.
Tetapi kini, ramai yang menggunakan kuasa media sosial untuk memberitahu perkara ataupun perkembangan yang berlaku di negara mereka.
Gaza under Attack yet again-North of Bait Lahiya is being targeted by Israel. pic.twitter.com/E9AcnnP0It
— The girl of Gaza (@ThegirlofGaza1) February 2, 2020
Sejak dari minggu lalu, rejim zionis sekali lagi telah membedil Gaza dengan mengunakan kapal perang. Dikatakan lagi, serangan tersebut berlaku tanpa sebarang amaran diberikan kepada rakyat di sana.
Serang tersebut juga telah menyebabkan seorang lelaki berusia 15 tahun, terlantar koma kerana ditembak tepat ke arah kepalanya.
Serangan yang berlaku menyebabkan kawasan sekitar terputus bekalan elektrik. Kawasan pertanian yang menjadi sumber pendapatan penduduk Palestin juga turut terjejas.
Umat islam diseru untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan dan mohon perlindungan dari-Nya buat semua di yang berada di Gaza.
Sumber: Twitter.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit