Berita
Hilang Sejak November 2021, Bekas Personaliti TV3 Masih Tidak Dijumpai

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan jejak bekas pembaca berita TV3, Zalina Shaharah Azman, 58, yang dilaporkan hilang sejak November lepas, namun, pencarian itu masih gagal dan tidak menjumpai sebarang jalan penyelesaian.
Di dalam satu sidang kenyataan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang merupakan anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November 2021.
Difahamkan, kehilangan Zalina Shaharah hanya disedari keluarga setelah anak lelakinya iaitu Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap rumah mangsa mendapati, Zalina dipercayai tinggal seorang diri malah keadaan rumahnya dalam keadaan yang tidak tersusun.
Bahkan, barang peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 serta kunci kereta turut ditemui di dalam beg duit wanita tersebut.
Bukan itu sahaja, pihak polis turut menghebahkan kepada orang ramai berkenaan ciri-ciri fizikal bekas pembaca berita itu seperti kulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus.
Orang ramai diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai sebarang maklumat yang berkaitan bagi membantu siasatan.
Sumber: Bernama
-
Buzz4 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa4 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz4 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita1 month lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita1 month lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan1 month lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan1 month lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita1 month lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments