Connect with us

WOW

“Hi, Saya Dari Masa Depan…”- Lelaki Dakwa Bumi Akan Tenggelam Pada Tahun 5000

Mesin waktu merupakan science-fiction yang masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Ada yang mempercayai dan ada juga yang menganggapnya sebagai mitos.

Baru- baru ini, seorang lelaki mengakui telah melalui time travel dan mendakwa seluruh bandar Los Angeles akan tenggelam pada masa depan.

Daily Star melaporkan lelaki yang dikenali sebagai Edward itu mendakwa dirinya telah dihantar ke 3000 tahun ke masa depan.

Semasa pengembaraannya, dia terkejut apabila melihat seluruh bandar Los Angeles ditenggelami air.

Bercakap kepada ApexTV, Lelaki misteri itu mendakwa dia bekerja di sebuah makmal di Los Angeles, dan telah terlibat dalam satu eksperimen pengembaraan masa pada tahun 2004.

Advertisement

Dia telah ditugaskan untuk pergi ke masa depan dan mengambil gambar.

Edward juga mendakwa sempat berbual sendiri dengan penduduk Los Angeles di masa hadapan.

Mereka memberitahu Edward pemanasan global merupakan penyebab bandar itu dilanda banjir dan ditenggelami air.

Walaubagaimanapun, National Agency of Space (NASA) menjelaskan, manusia tidak boleh merentasi masa ke depan mahupun ke belakang. Perkara seumpama itu hanya berlaku dalam karya fiksyen seperti novel dan filem.

SUMBER: DailyStar ApexTV

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending