Connect with us

Infozon

Harimau Malaya Positif COVID-19, Berjangkit Dengan Penjaga Zoo Yang Tiada Gejala!

Sebelum ini, terdapat beberapa kes yang didengar bahawa COVID-19 ini bukan sahaja dijangkiti oleh manusia, malah haiwan juga turut terkena tempias wabak ini. Kebanyakan dilaporkan adalah kucing dan anjing yang sering dijangkiti oleh wabak ini disebabkan mereka haiwan peliharaan dan juga haiwan yang bebeas dijalanan.

Kini terdapat satu laporan bahawa, Harimau Malaya berusia empat tahun baru saja diuji positif  COVID-19. Menurut BBC, haiwan di Zoo Bronx di New York City itu dipercayai telah mendapat penyakit itu dari penjaga zoo yang tidak menunjukkan sebarang gejala pada waktu itu.

Harimau berkenaan dijangkiti setelah salah seorang penjaga mereka yang dijangkiti virus sebelum dia mengetahu dan mengalami sebarang gejala.” kata wakil zoo tersebut.

Harimau Malaya yang dikenali sebagai Nadia dan Azul (si kakak) serta dua harimau Amur bersama tiga singa Afrika telah membentuk gejala batuk kering. Tetapi, kesemuanya dijangka pulih sepenuhnya dan kini mereka dibawah pengwasan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar.

Ketua doktor haiwan di Zoo Bronx berkata, sementara harimau dan singa lain juga menunjukkan tanda-tanda, zoo itu memutuskan untuk hanya menguji Nadia kerana ketika ini hanya Nadiayang paling sakit dan telah mulai hilang selera makan.

Zoo itu juga masih mengkaji mengenai bagaimana virus itu bakal berkembang pada haiwan seperti singa dan harimau kerana setiap spesies akan bertindak balas dengan cara berbeza terhadap jangkitan baru.

Sumber: CNA.

Continue Reading
Advertisement

Trending