Infozon
Hanya Seorang Yang Ingkar, ‘Frontliner’ Utara Tanah Air Kembali Bersut PPE

Kluster Sivagangga yang menular baru-baru ini di utara Tanah Air dilihat memberi satu tamparan hebat buat seluruh negara. Ketika negara berada di fasa hampir menang, kehadiran kluster baharu disebabkan kegagalan seseorang yang baru pulang dari luar negara mematuhi arahan kuarantin menjadikan kes kembali ke dua angka.
Keadaan di Kuala Sanglang
Oleh hal yang demikian, pihak Jabatan Penerangan Negeri Perlis telah memuat naik gambar-gambar keadaan ‘mangsa’ yang terpaksa membuat saringan Covid-19 selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada kluster Sivagangga.
Suasana di Seberang Jaya
Selain daripada itu, Ahli Majlis Seberang Perai, Fahmi Zainol turut memuat naik gambar barisan petugas kesihatan lengkap memakai pakaian PPE datang ke sebuah rumah Flat bagi tujuan melakukan ujian saringan kepada penghuni penempatan itu susulan daripada proses sanitasi disana.
Kata2 semangat buat frontliner
Susulan daripada itu, pihak pejabat kesihatan di negeri lain telah memberikan kata-kata semangat kepada petugas barisan hadapan di negeri utara Malaysia berikutan terpaksa menghadapi cabaran gelombang baru Covid-19.
Mereka juga berharap agar semua pihak memanjatkan doa supaya rakyat di sana dan juga frontliner supaya terus kuat menempuh dugaan ini.
Oleh hal tersebut, dapat kita lihat, hanya disebabkan kegagalan seorang insan sahaja mematuhi arahan SOP yang ditetapkan kerajaan, ramai yang telah menjadi mangsa kuarantin.
Pihak KKM juga terpaksa menyarung semula sut PPE selepas hampir beberapa bulan kadar positif Covid-19 dapat diturunkan kerana rakyat Malaysia mematuhi arahan yang dikeluarkan.
Sumber: Fahmi Zainol, Jabatan Penerangan Pelis

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit