Connect with us

Inspirasi

Hantar ‘Homework’ Guna Sampan, Cikgu Redah Sungai Demi Ilmu Buat Pelajar

Sering kita dengar bahawa guru seperti lilin yang membakar diri apabila sanggup bekorban demi memastikan anak didik mereka mendapat ilmu yang diajar.

Hantar kerja sekolah buat anak murid

Susulan daripada itu, menerusi perkongsian daripada seorang guru yang berkhidmat di pedalaman Sarawak dikenali sebagai Bellfikri telah mengambil inisiatif dengan menghantar kerja sekolah menggunakan sampan kepada pelajarnya.

Bawa buku naik sampan

Melihat daripada gambar yang dimuat naik, guru muda itu telah siap-siap membahagikan buku-buku mengandungi kerja sekolah di dalam sampan bagi diedar kepada anak muridnya di pedalaman.

Hebatnya cikgu, beruntung anak murid

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang memuji tindakan murni guru tersebut.

Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya dan jasa serta bakti yang dicurahkan kepada anak-anak pedalaman mendapat ganjaran sebaiknya.

Terima kasih banyak2 cikgu

Semoga Tuhan memberkati cikgu

Sumber : Bellfikri

 

Continue Reading
Advertisement

Trending