Connect with us

Inspirasi

Gigih Redah Laut Bergelora, Tentera Selamatkan Kucing Dari Kapal Karam

Sejak beberapa hari lepas, tular tentang kisah seorang anggota tentera laut Thailand bernama Thatsaphon Saii dengan berani meredah lautan bergelora demi menyelamatkan empat ekor kucing terbiar di atas kapal terbakar yang hampir karam.

Memetik laporan DailyMail UK, sebanyak lapan orang kru bot tersebut telah terjun terlebih dahulu dan diselamatkan oleh bot nelayan lain.

Pada mulanya, tentera laut tiba di lokasi berkenaan untuk menyelamatkan kesemua penumpang menaiki kapal itu namun sewaktu mereka memeriksa kapal sekiranya terdapat tumpahan minyak, mereka telah menemui kucing-kucing tersebut.

Justeru itu, tanpa berlengah Thatsaphon menyarungkan jaket keselamatan dan berenang sejauh 50 kaki menuju ke arah kapal di mana terdapat empat ekor kucing berwarna oren sedang berpaut pada palang sewaktu ia dijlat api.

Sebaik sahaja sampai di lokasi kapal, lelaki itu memasukkan tiga ekor kucing ke dalam guni beras, manakala seekor lagi dibiarkan berpaut di belakang badannya.

“Sebaik nampak kucing di atas kapal itu, saya terus buka baju dan pakai jaket keselamatan supaya saya boleh terjun ke dalam laut.
“Walaupun api marak di bahagian belakang bot, tapi saya perlu bertindak cepat kerana ia sudah mulai karam.
“Saya berasa lega dapat menyelamatkan kesemua kucing itu. Mereka mungkin akan lemas jika jatuh ke dalam laut,” ujar Thatsaphon.

Kini, kucing-kucing tersebut berada dalam jagaan para penyelamatnya di ibu pejabat mereka yang terletak di pulau Koh Lipe, Thailand.

Usaha murni tentera laut berusia 23 tahun itu telah meraih pujian ramai netizen di seluruh negara yang menggelarnya sebagai seorang ‘hero’. Syabas!

Tonton video penuh:

Sumber: Dailymail UK

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending