Connect with us

Infozon

Geram Aplikasi MySejahtera Lembab, Netizen Cadang Paparan Baru

Negeri-negeri dalam Fasa 1 kini dibenarkan untuk makan di dalam kedai. Malah banyak sektor dibenarkan untuk dibuka setelah ditutup sekian lama.

Namun perkara ini menggusarkan pekerja di kedai-kedai makan yang terpaksa menunggu pelanggan membuka aplikasi MySejahtera bagi menunjukkan sijil vaksin digital.

Tambahan lagi, perkara itu akan mengambil tempoh yang lebih lama apabila terpaksa mengira terlebih dahulu tempoh 14 hari dari tarikh vaksin kedua sebelum membenarkan pelanggan masuk.

Perkara ini boleh membebankan kerana proses daftar masuk akan memakan masa yang lebih lama daripada biasa.

Sila pertimbangankan cadangan ini

Perkongsian mengenai masalah itu mendapat perhatian pengguna yang lain kerana idea yang dicadangkan amat membantu dan sememangnya memudahkan urusan semua.

Rata-ratanya bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengharapkan ianya akan dapat dilaksanakan.

Advertisement

Letak papan tanda

Sementara itu, seorang pengguna yang lain telah berkongsi penyelesaian alternatif bagi masalah yang dihadapi sementara menunggu MySejahtera dikemas kini.

Harapnya MySejahtera boleh update

Perkara itu turut mendapat perhatian influencer terkenal, Khairul Aming turut tampil menyuarakan pendapatnya supaya aplikasi MySejahtera dikemas kini berdasarkan tarikh 14 hari selepas vaksin kedua.

Sumber: Twitter @faizfaiz

Continue Reading
Advertisement

Trending