Connect with us

WTF

Tidur Kurang 6 Jam Sehari Jadi Punca Lelaki Sado Ini Diserang Strok

Siapa sangka, seorang lelaki sado ini terlantar di hospital setelah diserang strok. Lelaki bernama JZ Fitness atau lebih dikenali sebagai “Muscle Dad” merupakan seorang jurulatih bina badan telah terkena strok pada 13 September baru-baru ini.

Ramai yang terkejut dengan berita ini memandangkan dia merupakan seorang yang aktif dan cergas. Muscle Dad dan isterinya, “Muscle Mum” merupakan pasangan jurulatih kecergasan yang sentiasa menghadiri acara dan kelas kecergasan bersama-sama.

Pengalaman paling trauma

Isterinya berkata perayaan musim luruh pada tahun ini sangat berlainan setelah  keluarga mereka ditimpa musibah itu pada hari yang sama. Strok itu menyerang suaminya ketika dia mahu tidur selepas pulang dari menghantar anak mereka ke sekolah.

Melihat suaminya yang sedang terbaring di atas lantai, isteirnya bergegas menghantar dia ke hospital. Mujur ketika kejadian itu, Ibu JZ belum keluar lagi dan segera masuk ke dalam bilik apabila melihat suaminya rebah.

Doktor mengesahkan bahawa suaminya menghidapi embolism tetapi disebabkan dia berjaya dihantar ke hospital dalam tempoh kurang dari tiga jam, dia berpeluang untuk mendapatkan beberapa pilihan rawatan.

Isterinya berkata,

“Saya tidak percaya dengan kejadian yang berlaku kerana baru minggu lepas saya dan suami seronok bercuti dan kini JZ Fitness terlantar di atas katil.”

“Rekod kesihatan JZ baik-baik sahaja namun di sebelah keluarga ibunya, mereka mempunyai masalah Hypercoagulation yang bermaksud mereka senang mendapat gumpalan darah,” katanya lagi.

Meskipun terkenal dengan gaya hidupnya yang aktif, JZ sering kali tidur lewat sekitar pukul 3 pagi sehingga 6 pagi dan

Selain itu, JZ juga dikatakan seorang yang workaholic dan hanya tidur kurang dari tempoh 6 jam sehari.

Dia kini sedang mendapat rawatan susulan di pihak hospital dan dikatakan sedang menjalani proses pemulihan sebelum dibenarkan untuk kembali aktif di gimnasium.

Sumber : World of Buzz

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending