Connect with us

WTF

Gantung Ves PDRM Nak Elak Sekatan, Lelaki Kantoi Bawa Barang Terlarang

Seorang lelaki ditahan gara-gara cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menggantung ves Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam kereta dipandunya untuk melepasi sekatan jalan raya di Anjung Indah, Balik Pulau.

Ternyata dia bukan sahaja mahu melepasi sekatan jalan raya, tetapi rupa-rupanya lelaki berusia 27 tahun yang ditahan itu sebenarnya mahu mengedar dadah.

Bawa dadah rupanya

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, pihak menemui sejumlah dadah jenis syabu dan pil eramin di dalam beg sandang dan dipercayai untuk pengedaran.

Berdasarkan siasatan, kenderaan dan ves PDRM tersebut sebenarnya milik audara suspek yang juga Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia.

Ves polis dan kereta milik saudara

Difahamkan, pihak polis sedang menyiasat sama ada saudara suspek masih berkhidmat dengan PDRM atau tidak. Kini suspek yang mempunyai enam rekod jenayah telah ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran dan 7 (1)Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.

Sumber : Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending