Connect with us

Infozon

Fungsi sebenar bongkah kecil ini pada penyepit makanan yang ramai tidak tahu

Sekiranya anda menggemari makanan China dan Jepun, mungkin anda sudah biasa menggunakan penyepit makanan. Dan jika anda berkunjung ke restoran mewah yang menyajikan makanan dari Asia, mungkin anda akan diberikan sepasang penyepit makanan yang boleh dipakai semula.

Tetapi kebanyakan daripada kita yang sering menggunakan penyepit pakai buang akan biasa melihat bongkah kecil di hujung penyepit makanan.

Biasanya kita akan memisahkan kayu penyepit yang bercantum itu, dan pada yang sama memecahkan bongkah kecil di hujungnya sebelum terus menikmati hidangan enak yang terhidang di hadapan kita. Tetapi apa kata anda sekiranya apa yang biasa kita lakukan ini salah dan sebenarnya bongkah kecil itu ada fungsinya?

Rupanya bongkah kecil di hujung penyepit makanan ini bukan hanya berfungsi untuk melekatkan kedua batang penyepit itu sahaja. Seorang pengguna akaun Twitter bernama Trash Panda berkongsi kegunaan sebenarnya.

Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:

Siapa sangka serpihan kayu kecil itu sebenarnya mempunyai fungsi yang sangat berguna? Bongkah kecil itu perlu dipisahkan agar ia dapat digunakan sebagai tempat letak penyepit makanan.

Bongkah kecil ini memberikan ruang kepada anda untuk meletakkan penyepit makanan anda agar anda boleh menikmati minuman anda. Dengan cara ini, kebersihan penyepit makanan anda akan terjamin. Sekiranya anda fikir anda telah membazirkannya selama ini, jangan risau, anda tidak keseorangan.

Ramai yang tidak percaya akan penemuan fungsi bongkah penyepit ini. Ramai yang berkata, “Tunggu dulu, betul ke ni?”

Tetapi bongkah tersebut tidak dicantumkan pada penyepit makanan yang diperbuat daripada plastik atau logam. Sebaliknya, bagi penyepit makanan berkualiti seperti ini, pemegang penyepit khas akan disediakan seperti yang boleh dilihat pada imej dibawah:

 

Kini anda sudah mempelajari sesuatu yang baru, apa kata anda kongsikan rencana ini dengan kenalan anda yang lain agar mereka juga boleh mengamalkan penemuan baru ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending