Connect with us

Berita

Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini

CikKoin

Diterbitkan

pada

Fenomena yang dinantikan sudah tiba, rakyat Malaysia akan diberi peluang sekali lagi untuk menyaksikan fenomena bulan penuh atau lebih dikenali sebagai Supermoon yang dijangka akan berlaku pada jam 5.09 petang ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang diumumkan oleh Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA), fenomena itu terjadi disebabkan oleh kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi (perigee), yang dikenali sebagai “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”.

Manakala, jarak paling jauh antara bulan dan bumi (apogee), ia dikenali sebagai “Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon”.

“Bulan beredar mengelilingi bumi dalam orbit elips dengan purata kesipian 0.0549. Oleh itu, jarak purata bulan dari bumi (pusat ke pusat) berbeza-beza pada setiap masa, dengan jarak purata terdekat (perigee) ialah 363,396 km dan jarak purata terjauh (apogee) ialah 405,504 km,” katanya.

Keadaan tersebut akan membuatkan bulan purnama dapat disaksikan dengan kebesaran sehingga tujuh peratus berbanding dengan saiz purnama biasa, dan 14 peratus lebih besar serta 30 peratus lebih cerah berbanding ‘micromoon’.

Apa yang lebih menarik, fenomena kali ini juga disebut sebagai Supermoon ‘Buck’ yang bermaksud imejnya seperti tanduk rusa jantan dengan merujuk kepada gelaran yang diterima oleh petani pribumi di Amerika Utara.

Bahkan, kejadian luar biasa ini sudah berlaku pada 16 Mei dan 14 Jun yang lalu, dan berdasarkan jadual yang dikeluarkan laman sesawang falak ternama antarabangsa Astropixels, Supermoon akan berlaku empat kali untuk tahun 2022 iaitu pada 16 Mei, 14 Jun, 13 Julai dan 12 Ogos.

Sumber: Facebook (Agensi Angkasa Malaysia).

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending