Connect with us

WOW

Elak Pencemaran Alam, Sisa Plastik Diproses & Diguna Untuk Bina Jalan Raya

Seperti yang ramai lihat, selain mengalami wabak koronavirus yang semakin serius, pencemaran penggunaan plastik juga semakin meningkat dan pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini.

Pihak kerajaan dan juga rakyat sedang berusaha untuk mengatasi masalah pencemaran yang semakin berleluasa. Seorang jurutera lelaki dari Scotland telah menemui cara untuk mengatasi pencemaran plastik tersebut.

Toby McCartney mendapat inspirasi setelah dia pergi ke India apabila melihat penduduk tempatan di situ menggunakan plastik yang dicairkan untuk menutup lubang di atas jalan raya.

Disebabkan perkara itu, dia mendapat idea untuk menubuhkan sebuah syarikat. Syarikat itu akan membuat bahan daripada sisa plastik dan menggunakannya untuk membina jalan raya.

“Tercetusnya idea itu apabila CEO kami, Toby yang bekerja di India Selatan dengan membantu orang yang bekerja di tempat pelupusan sebagai ‘pemungut.
“Sesetengah sisa plastik yang diambil oleh pemungut dimasukkan dalam lubang dan dicurahkan dengan minyak diesel. Plastik tersebut cair dan menjadi menutupi lubang,” ujar pekerjanya.

Mereka mula memikirkan cara dan mencipta formula untuk melaksanakan misi syarikat iaitu dengan menggunakan sisa plastik untuk pembinaan jalan.

Advertisement

Toby menyatakan dengan formula istimewa mereka, jalan yang mereka hasilkan 60 peratus lagi kuat dari jalan yang asli dan jalan itu akan bertahan tiga kali lebih lama dari yang biasa.

“Kami telah menguji lima hingga enam ratus reka bentuk polimer berbeza yang telah dicampurkan sebelum kami berjaya menemui polimer yang betul-betul berkesan.
“Walau bagaimanapun, plastik merupakan produk yang hebat. Ia menjadi masalah jika dijadikan sebagai sisa plastik tetapi bukan masalah jika kita mahu ia kekal lama,” ujarnya.

Sumber: boredpanda

Continue Reading
Advertisement

Trending