Connect with us

WOW

Elak Covid-19, Rakyat Afrika Timur Wajib Basuh Tangan Sebelum Naiki Bas

Langkah penjagaan diri dan kesihatan yang teliti adalah sangat diperlukan ketika ini terutamnya ketika dunia diancam oleh wabak coronavirus ini. Kerap mencuci tangan, memakai penutup mulut dan juga penggunaan hand sanitizer kini merupakan amalan yang perli diterapkan pada setiap individu terutamanya di negara-negara yang terjejas.

Stesen pengangkutan awam juga adalah salah satu hub yang memungkinkan penularan wabak covid-19 ini. Disebabkan itu, kerajaan di seluruh negara kini berusaha untuk membasmi virus ini dengan melaksanakan pembersihan kerap di stesen-stesen pengankutan awam.

Di Twitter, tular memaparkan sekumpulan rakyat negara Afrika Timur yang dilihat membasuh tangan sebelum menaiki pengangkutan awam disana.

Lebih menariknya, sejumlah sinki basuh tangan di letakkan di ruangan terbuka untuk memudahkan rakyat di sana membasuh tangan sebelum menaiki bas. Inisiatif seperti ini sudah tentunya meraih perhatian warga pengguna media sosial.

Lebih mengagumkan, mereka tidak perlu membuka paip tersebut untuk menyalurkan air ke tangan mereka. Malah, mereka hanya gunakan pedal kaki yang disediakan untuk mengepam air keluar. Cara ini akan lebih mengurangkan risiko sentuhan dan penyebaran virus.

Ramai juga yang memuji cara seperti ini adalah sangat bagus dan perlu dijadikan amalan oleh negara-negara yang lain. Walaupun nampak remeh, tetapi mencuci tangan dengan kerap sekurang-kurangnya akan merendahkan risiko seseorang untuk dijangkiti dengan covid-19 ini.

Sumber: Twitter.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending