Connect with us

Berita

Dunia Bakal Alami Krisis Kekurangan Bekalan Makanan Pada Tahun Depan

CikKoin

Diterbitkan

pada

Seluruh rakyat di dunia diminta untuk bersiap sedia untuk berhadapn dengan krisis kekurangan bekalan makanan yang dijangka akan berlaku pada tahun hadapan.

Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), David Beasley memaklumkan kekurangan bekalan makanan akan berlaku susulan pelbagai krisis seluruh dunia yang berlaku secara serentak seperti perubahan iklim, Perang Rusia-Ukraine dan ketidakstabilan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Bukan itu sahaja, peperangan yang berlaku di antara Rusia-Ukraine telah membuatkan negara Rusia yang juga dikenali sebagai ‘bakul roti dunia’ telah mengambil keputusan drastik dengan tidak membekalkan lagi makanan ke negara lain.

Keputusan kuasa besar itu telah memburukkan lagi keadaan apabila harga bahan api dan baja telah menyebabkan ‘ribut kemelesetan ekonomi yang lengkap’.

Bukan itu sahaja, Beasley mendedahkan peningkatan kos tersebut akan menyukarkan pihak mereka menetapkan harga bagi setiap makanan utama sekaligus memberi kesan mendalam kepada rakyat terutamanya golongan miskin.

“Menjelang tahun hadapan, disebabkan kemarau dan krisis baja, kita mungkin berdepan dengan masalah ketersediaan makanan yang lebih dahsyat,” jelasnya.

Difahamkan, seramai 345 juta penduduk di seluruh dunia akan berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat kritikal untuk mendapatkan keperluan asas dalam mneruskan kehidupan seharian.

Malah, kegagalan para pemimpin dunia dalam mencari jalan penyelesaian untuk membuka pelabuhan di wilayah Odesa, Ukraine dilihat sebagai pengisytiharan perang terhadap keselamatan makanan.

Namun, Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turki, Ukraine dan Russia pada ketika ini sedang berusaha mencari jalan keluar untuk kembalikan aktiviti mengeksport makanan ke negara lain.

Kekurangan makanan ini akan mencetuskan hura-hara di seluruh dunia yang akan mendorong kepada pergaduhan sesama rakyat untuk mendapatkan bekalan makanan.

Untuk info,  sebanyak 26 negara di dunia telah menghentikan eksport makanan bagi mengekalkan bekalan yang mencukupi bagi pasaran domestik.

Sumber: Kosmo

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending