Inspirasi
Dulu Jamah Sisa Makanan, Pengutip Sampah Kini Bergelar Jutawan
Keadaan ekonomi negara yang semakin gawat menyebabkan setiap orang mengalami kesukaran dalam menyara kehidupan seharian mereka.
Bagi yang bernasib baik, mereka akan bekerja mengikut tahap pendidikan namun bagi yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa melakukan pekerjaan biasa seperti pengutip sampah, tukang cuci dan sebagainya.
Tapau makanan lebihan kantin
Muhammad Azlan Al Amin yang bekerja sebagai pemungut sampah sekitar tahun 2005 kini telah menjadi seorang jutawan apabila dirinya bertekad untuk mengubah kehidupan mereka sekeluarga.
Sepanjang dia bekerja sebagai pemungut sampai di sekitar kawasan Tentera Udara Diraja Malaysia di Gong Badak, dia telah mengambil makanan lebihan yang dibuang oleh pihak kantin bagi mengisi kekosongan perut.
Selebihnya pula akan dibawa pulang oleh Azlan dan kemudian akan dikongsikan bersama ibunya yang sedang berada di rumah.
Apa yang membuatkan dirinya bertekad untuk mengubah nasib keluarga itu apabila ibunya menangis setelah melihat seekor cacing keluar daripada poket bajunya ketika ingin mencuci baju tersebut.
Perkara itu benar-benar memberikan kesan dalam hidupnya dan pada tahun 2010, dia telah meninggalkan kawasan halaman demi mencari rezeki di Jertih.
Dengan berbekalkan RM1.30, akhirnya dia berjumpa dengan seorang agen hartanah yang sudi memberikan dia peluang pekerjaan.
Kini dia berjaya memiliki sebuah perniagaan hartanah iaitu Azlan A-Amin Properties Sdn Bhd yang bertempat di Jerteh, Terengganu.
Berkat usahanya dan dorongan daripada ibunya telah menjadikan dia seorang yang cekal dan berani dalam mengharungi cabaran demi mengubah nasib kehidupan mereka.
Sumber : Muhammad Azlan Al Amin

- WTF5 months ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
- WTF5 months ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
- Inspirasi3 months ago
Foto Ayah2 Gigih Angkut Barang Anak Daftar Masuk Universiti, Bikin Ramai Jadi Tersentuh
- WOW3 months ago
Tular Suka Makan Sabun, Kini Dicemburui Ramai Dapat Pakwe Mat Salleh
- Infozon3 months ago
Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari, Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa ‘Dukhon’
- Inspirasi6 months ago
Sangat Terpuji, Pemandu Van DHL Gendong Warga Emas Melintas Jalan
- WTF2 months ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
- Infozon4 months ago
Tanda-Tanda Awal Suami Curang Bermula Dari Mimpi