Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Don Dukun Raih Kutipan RM3 Juta Selepas Enam Hari Tayangan

Filem komedi seram, Don Dukun berjaya menambat hati penonton sekaligus menerima kutipan sebanyak RM3 juta di pawagam hanya dalam tempoh enam hari tayangan.

Memetik laporan Astro Gempak, jumlah kutipan ini sekaligus meletakkan Don Dukun sebagaim filem tempatan nombor 1 dalam carta top 10 pawagam GSC buat masa sekarang.

Ini susulan jalan cerita dan elemen komedi yang santai sesuai untuk semua lapisan umur dan menjadikannya pilihan utama hiburan seisi keluarga di pawagam.

Penerbit Eksekutif filem ini merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad merakamkan penghargaan dan rasa teruja apabila Don Dukun mendapat tempat di hati penonton.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada penonton yang telah hadir ke pawagam untuk menyaksikan Don Dukun.
“Melalui tinjauan kami, ada penonton yang mula ulang tonton filem ini bersama insan tersayang. Kami gembira melihat naskhah ini menyatukan keluarga di layar perak dengan gelak tawa.
“Bagi yang belum menyaksikan filem ini, kami mengajak mereka menyaksikan sendiri lakonan mantap dan sisi berbeza pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Datuk Yusof Aslam dan ramai lagi,” katanya.

Filem arahan Waan Hafiz ini menampilkan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Aslam, Putri Qaseh.

Foto: Media Hiburan

Dalam pada itu, filem ini turut membawakan penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong.

Sekadar info, filem ini mengisahkan Don Arif, seorang ‘dukun instafamous’ yang ebrcita-cita menjadi hebat seperti keturunannya walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga.

Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap.

Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut.

Sumber: Astro Gempak (Khairil Khusyairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd