Connect with us

Inspirasi

Doktor Kongsi Detik Cemas Selamatkan Pesakit COVID-19, Nyaris Kena Serangan Jantung

Ketika musim penyakit ini, sudah pastilah yang paling mengerah tenaga adalah kakitangan hospital khususnya para doktor dan jururawat.

Terbaru, sebuah video memaparkan doktor yang dikenali sebagai Dr. Lu dan pasukan perubatannya, berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan seorang pesakit Covid-19 yang kritikal.

Berdepan pesakit COVID-19

Menerusi video yang dikongsikan, dapat diperhatikan situasi menjadi cemas apabila salah seorang pesakit yang kelihatan kritikal dengan nadi yang sudah lemah dan sukar bernafas.

Tidak berputus asa, Dr. Lu dan pasukannya tetap berusaha gigih untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut, walaupun ketika itu risiko untuk dijangkiti virus sangat tinggi.

Pasukan perubatan ambil risiko demi selamatkan nyawa pesakit

Difahamkan, pesakit tersebut mempunyai hypoxia berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung jika lambat diselamatkan, justeru antara kaedah perlu, adalah intubasi.

Bagaimanapun, kaedah intubasi itu mengharuskan para doktor berada rapat dengan pesakit, justeru mendatangkan kerisauan kerana pesakit tersebut adalah positif COVID-19.

Mujurlah segalanya berjalan lancar, pesakit tersebut berjaya diselamatkan dan pasukan yang terlibat tidak dijangkit dengan COVID-19.

Pesakit terharu doktor pertaruhkan nyawa

Namun, apa yang menyentuh perasaan adalah, pesakit tersebut yang telah sembuh telah menghantar satu pesanan melalui aplikasi WeChat, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Dr. Lu dan pegawai perubatan.

Dia berasa syukur dan terharu kerana Dr. Lu dan pasukannya sanggup terdedah kepada virus, semata-mata untuk menyelamatkan nyawanya.

Sumber : CGTN

Continue Reading
Advertisement

Trending