Infozon
Doktor Kongsi 5 Pantang-Larang Mandi Dalam Bani Melayu

Rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya memang mengikut kepercayaan lama dan pantang larang daripada nenek moyang mereka. Salah satunya ialah berkenaan mandi yang dilakukan oleh semua orang.
Berikut adalah perkongsian daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan, seorang doktor perubatan mengenai lima pantang larang tentang mandi di laman sosial Facebook miliknya.
1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau
Mitos! Panau adalah jangkitan sejenis kulat pada kulit. Kulat ini memang hidup di permukaan kulit manusia, namun ia hanya menyebabkan panau apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti badan rendah,atau tubuh kekurangan gizi. Hakikatnya, jika berpeluh atau selepas mandi, anda tak keringkan badan, maka anda berisiko kena panau dan pengor.
2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit.
Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Proses pencernaan tetap akan berlangsung, dan lemak tidak akan membeku hanya kerana penurunan suhu badan akibat mandian. Mandi yang menyebabkan perut anda buncit tu namanya Nasi Mandi(Arab).
3. Mandi basahkan kepala dulu menyebabkan strok.
Mitos! Strok berlaku apabila darah beroksigen tidak sampai ke tisu otak, sama ada akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat. Perubahan suhu di kepala apabila terkena air ketika mandi tidak mengganggu saluran darah beroksigen ke otak. Mandilah anggota apa dulu pun, tapi tak kawal hipertensi, diabetes dan masalah jantung, maka tetap berisiko kena strok.
4. Mandi malam menyebabkan paru-paru berair.
Mitos. Istilah paru-paru berair ni ditafsirkan dalam bahasa perubatan sebagai ‘pneumonia’. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Mandi malam tidak menyebabkan serangan pneumonia mahupun serangan pontianak. Namun, jika anda menghidapi asma dan alah kepada sejuk, mandi malam boleh menyebabkan serangan asma.
5. Mandi lama² ketika pantang bersalin sebabkan bentan.
Mitos. Mandi lama-lama tidak menyebabkan bentan atau badan masuk angin. Luka perineum atau perut jika bersalin melalui pembedahan Cesarean, perlu dijaga dengan baik. Jangkitan pada luka boleh menyebabkan demam. Selain itu, perlu makan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Barulah tak lesu. Mandi sekejap tu namanya mandi kerbau.
Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit