Connect with us

Inspirasi

“Cari bahagia diri sendiri” -Sanggup buat Kolam Renang DIY Belakang Rumah Untuk Anak2

Demi memenuhi keingingan anak-anak, ibu bapa kebiasaanya sanggup melakukan apa sahaja. Walaupun lambat, tetapi kebanyakan mereka tetap berusaha gigih untuk menunaikan permintaan anak-anak.

Seorang pengguna Twitter, dikenali sebagai Marsya telah berkongsikan kisah kesanggupan kakaknya membina kolam renang mini DIY di belakang rumah. Paling menarik, kolam berkenaan telah dikorek dan dibuat sendiri oleh keluarga kakaknya dan hasilnya sangat mengagumkan!

Buat kolam mandi untuk anak-anak

Menurut posting yang dimuat naik Marsya, kakaknya dikatakan mampu membuat kolam dan juga gazebo di belakang rumah. Malah kakaknya turut berkongsikan proses membuat kolam sendiri di beakang rumah melalui akaun Facebook peribadinya.

https://twitter.com/marsyamello/status/1191343126788501506

“Hadiah kolam buatan buat anak-anak…”

Menjengah akaun Facebook kakanya, Heline Atheraa menyatakan bahawa mereka sekeluarga telah bersungguh-sungguh menyiapkan kolam renang dan gabezo di belakang rumah mereka. Dia menyatakan bahawa kawasan tersebut akan menjadi tempat untuk mereka sekeluarga melepak dan bersantai.

“Cari bahagia untuk diri sendiri…”

Sebulan lebih boleh siap!

Semoga jadi inspirasi buat semua!

Proses membuat kolam renang dan gazebo DIY

Wow! Gigih betul satu keluarga

Dah nak hampir siap!

Inilah hasilnya! Cantik, kan?

Wow! Sangat mengangumkan sungguh hasil titik peluh mereka. Tak sia-sia membanting tulang bersama-sama dan hasilnya pastinya memuaskan hati. Lepas ini, cuti sekolah bolehlah bersantai dibelakang rumah sahaja. Jimat masa dan duit!

Sumber: Hezline Atherra, Masya.

Continue Reading
Advertisement

Trending