Connect with us

Cute

Dituduh Paksa Pelanggan Gunting Rambut, Lelaki Kantoi ‘Busuk’ Culik Pelanggan Masuk Ke Kedai

Macam-macam cara yang orang gunakan untuk mempromosikan perniagaan atau servis mereka sekarang ini.

Baru-baru ini pengguna Tiktok, situkanggunting telah menjadi perhatian setelah memuatnaik video penjelasan mengenai isu yang kononnya dia menggunakan taktik kotor dalam perniagaan.

Beliau yang menjalankan servis gunting rambut dituduh menggunakan paksaan dengan menarik pelanggan demi meraih keuntungan buat perniagaannya.

‘Terkejut’ dengan kenyataan yang semakin viral itu, lelaki yang dikenali sebagai Faeez Cikelon membuat video untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

https://www.tiktok.com/@situkanggunting/video/6993663692889984283?_d=secCgYIASAHKAESMgowddrZ9DHs41sHmcw3QNH%2Frgm%2FznnGmMiMz7zTtPGCOciLComjtT32c5g1%2Fg7awvhwGgA%3D&checksum=9f3016f5de1471e2deb3c46dcac3d4113cd7647e3ba15ea4c0387e4eba5ade4b&language=en&mid=6953578627984296709&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAKo0j1ExgcEhoGpAazwQ2XPNo8NB-SIIQDNClCxu3RJbXDyYLGd0R64zFH5JEs0Fv&share_app_id=1180&share_item_id=6993663692889984283&share_link_id=98E32858-1419-493E-AAF2-DDAC1F152CBB&source=h5_t&timestamp=1628644095&tt_from=copy&u_code=didkajh8h1jk59&user_id=6960170560639190017&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Advertisement

“Ingatkan nak buat video nafi tuduhan”

Pada awalnya lelaki itu kelihatan seperti mahu membela dirinya, akan tetapi dia sebenarnya sedang mempromosikan perniagaan gunting rambutnya dengan cara berseloroh.

Lebih menggelikan hati lagi, ketika video itu dirakam rakannya dilihat sedang menarik pelanggan masuk ke kedai.

Rata-rata pengguna Tiktok terhibur dengan taktik marketing yang digunakan lelaki itu dan memuji kreativitinya.

“Naya pak karimmmm”

Video tersebut turut dikongsikan di Twitter sehingga membuatkan ramai pengguna di laman tersebut turut pecah perut melihat gelagat Faeez Cikelon.

Setakat ini video tersebut telah mendapat 121 ribu likes dan telah dikongsi sebanyak 2,122 kali oleh pengguna di aplikasi TikTok. Manakala di Twitter, video tersebut telah diulangciap sebanyak 3,632 kali.

Advertisement

Sumber Tiktok @situkanggunting, Twitter @nurazambudin

Continue Reading
Advertisement

Trending