WTF
Ditemubual Wartawan, Jawapan ‘Jujur & Spontan’ Pelajar Sekolah Ini Bikin Berdekah

Hampir 3 bulan sekolah ditutup berikutan Covid-19, nampak para pelajar suka atau tidak nampaknya sudah kena memulakan rutin pergi ke sekolah dengan mengikut normal baru.
Sejak semalam, sesi persekolahan telah dimulakan semula bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam tahun ini. Jadi ada beberapa wartawan membuat liputan media, menemubual para pelajar dan guru.
Namun, salah seorang temubual seorang pelajar ini tiba-tiba menjadi perhatian ramai dan viral, gara-gara jawapan yang diberikan kepada wartawan terlalu jujur. Tak ada tapis-tapis tau!
Dah lama tak sekolah, baju sekolah pun tak jumpa
Menerusi temubual oleh akhbar onlineĀ Malaysia Gazette, pelajar lelaki bernama Muhd Fikri itu, apabila ditanya mengenai persiapan sekolah dia dengan selamba jawap terpaksa cari balik baju sekolah sebab dah lama sangat tak pergi sekolah.
“Cari baju sekolah, dah lama tak sekolah tak jumpa baju sekolah, so saya prepare la…”
Mengaku cuti tengok citer Korea & tidur
Lagi lucunya, dia siap mengakui dekat wartawan sepanjang cuti tiga bulan dia banyak menonton drama Korea dan tidur, membuat ramai geli hati.
Baju sape ko rembat tu!
Kalau korang perasan lagi, nama dekat skrin tak sama dengan nametag dia, jangan-jangan memang dia tak jumpa terus baju dia, rembat baju member kot!
Dengan skrin nama lain, dekat baju nama lain
Yang penting yakin dik
Memang ramai terhibur dengan remaja ini, jawapannya yang jujur dan spontan mengundang tawa ramai. Adoi dik, bila kelas online Internet ko sekat-sekat, ko tengok cerita Korea okay pula ya!
Sumber : Malaysia Gazzette

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit